10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

kontraktor. Kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh Kerajaan akan diperolehi

semula daripada kontraktor melalui Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD).

Untuk maksud mengenakan LAD, Perakuan Kerja Tidak Siap (CNC) hendaklah

dikeluarkan. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

i. Semua CNC yang dikeluarkan bagi tujuan untuk mengenakan LAD telah

dikeluarkan dengan teratur dan sebelum tarikh akhir penyiapan yang dibenarkan

dalam kontrak;

ii. Pengarah Projek pada 8 Ogos 2011 telah mengeluarkan CNC kepada Kluang

HC bagi mengenakan LAD berjumlah RM68,036 sehari manakala pada

12 Oktober 2011, Wakil Pengarah Projek telah mengeluarkan Perakuan Siap

Kerja (CPC) dan memperakukan bahawa kerja telah siap pada 5 Oktober 2011.

Dengan itu, denda atas kelewatan berjumlah RM3.95 juta telah dikenakan ke

atas kontraktor; dan

iii. Sungguhpun CPC telah diperakukan dan dikeluarkan oleh Pengarah Projek,

semakan Audit mendapati masih terdapat kerja yang belum disiapkan oleh

Kluang HC seperti pemasangan dan pentauliahan telefon. Semakan Audit

selanjutnya mendapati keseluruhan dewan bedah tidak boleh digunakan bagi

tujuan pembedahan. Prosedur pembedahan terpaksa dijalankan di dewan

bedah hospital lama. Berdasarkan syarat kontrak, CPC sepatutnya tidak boleh

dikeluarkan kerana masih terdapat kerja yang belum disiapkan oleh Kluang HC.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Kelewatan kontraktor menyiapkan projek adalah disebabkan cuaca buruk yang

telah mengganggu kerja di tapak di samping kelewatan oleh TNB dan TM. Projek

tidak dapat disiapkan dalam tempoh EOT 2 kerana kesilapan PMC memberikan

pengesyoran dan Kementerian telah mengeluarkan satu Laporan Ketidakpatuhan

pada 23 Februari 2011 kepada PMC. Kelewatan meluluskan EOT 3 adalah

disebabkan oleh pihak kontraktor lewat mengemukakan permohonan.

Kementerian mendapati tiada had masa yang khusus ditetapkan dalam kontrak

mengenai tempoh masa Pengarah Projek sepatutnya membuat keputusan bagi

kelulusan lanjutan masa.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan asas kepada permohonan

EOT dan pengeluaran CNC adalah selaras dengan peraturan sedia ada.

Sungguhpun tiada had masa khusus ditetapkan dalam kontrak mengenai tempoh

kelulusan EOT, namun tindakan Kementerian meluluskan EOT selepas tarikh siap

asal/dipinda boleh menyebabkan syarat LAD tidak boleh dikuatkuasakan kerana

masa bukan lagi menjadi teras kepada kontrak (time is at large). Selain itu,

Kementerian seharusnya mempertimbangkan tindakan terhadap PMC atas

kesilapan memberikan khidmat perundingan bagi menjamin kepentingan

Kerajaan. Kementerian juga perlu memantau kerja yang belum disiapkan oleh

Kluang HC dibuat dengan segera dan memastikan dewan bedah dapat berfungsi

dengan baik.

40.5.2.4. Kualiti Pembinaan

Setiap kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan dengan kemas dan pada tahap

piawaian yang diterima pakai supaya bangunan yang dibina boleh digunakan secara

optimum, selamat dan kondusif. Lawatan Audit mendapati perkara seperti berikut:

655 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!