10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Mengikut maklum balas Vital Delta Sdn. Bhd. dan KATA General Engineering Sdn.

Bhd., kerja penjagaan dan pembersihan kawasan persekitaran adalah tidak

termasuk di dalam skop kerja kontrak. Pihak mereka difahamkan selepas

penyerahan kepada pihak sekolah, kerja-kerja pembersihan adalah tertakluk

kepada pihak sekolah sendiri. Bagaimanapun, pihak mereka akan membaiki

peralatan yang telah rosak dan membersihkan sisa bahan binaan. Kementerian

dalam maklum balasnya juga telah mengarahkan JPN untuk memaklumkan

kepada sekolah yang terlibat supaya sentiasa menjaga kebersihan di stesen solar

hibrid.

Pada pendapat Audit, kawasan stesen solar hibrid hendaklah disenggarakan dan

dibersihkan sekerap mungkin serta dijaga dengan baik bagi mengelakkan kerosakan

kepada komponen sistem solar hibrid dan keceriaan kawasan persekitarannya. Ianya

bagi mengelakkan gangguan kepada bekalan kuasa yang dijana oleh modular solar

dalam jangka masa panjang serta kos penyenggaraan yang tinggi apabila kerosakan

semakin serius.

33.5.4.3. Penyenggaraan Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan

a. Mengikut syarat kontrak, kontraktor hendaklah membaiki peralatan dan kemudahan

yang rosak dalam tempoh tanggungan kecacatan supaya peralatan dan kemudahan

tersebut dapat digunakan serta bagi mengelakkan kerosakan semakin serius.

b. Syarat kontrak Projek SSH di Sabah menghendaki kontraktor menyediakan sebuah

water dispenser bagi setiap struktur panel dengan kapasiti tenaga 15 kw yang

dibina. Lawatan Audit kesemua 14 sekolah di Sabah mendapati kontraktor telah

mematuhi syarat ini dengan membekalkan water dispenser ke sekolah tersebut.

Bagaimanapun semasa lawatan Audit pada bulan Oktober dan November 2011,

terdapat 3 water dispenser di 3 sekolah telah rosak dan tidak dapat digunakan

seperti di gambar berikut:

GAMBAR 33.37 GAMBAR 33.38

SK Kalumpang, Semporna, Sabah

- Water Dispenser Rosak Dan Tidak Dapat Digunakan

(22.11.2011)

SK Ladang Segaria, Semporna

- Water Dispenser Rosak Dan Tidak Dapat Digunakan

(21.11.2011)

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kerosakan ini masih dalam tempoh tanggungan kecacatan dan pihak JKR telah

mengarahkan kontraktor pada 15 Disember 2011 untuk memperbaiki kerosakan

tersebut. Water Dispenser telah dibaiki pada 5 Januari 2012 dan berfungsi seperti

sepatutnya.

515 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!