10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Unit Kerjasama Awam Swasta Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Perbezaan antara perancangan dan pelaksanaan projek bagi ECER dan SDC

adalah disebabkan perkara berikut:

a. ECER: Di bawah Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-10, projek yang dirancang tidak

dilaksanakan atas sebab tapak tidak sesuai bagi projek Pelancongan

Persisiran Pantai Kuala Pahang dan Pelancongan Persisiran Pantai Sepat,

Kuantan.

b. SDC: Di bawah RP1 RMKe-10, tiada pelaksanaan bagi projek yang dirancang

disebabkan arahan EPU agar pelaksanaan projek ditangguhkan ke tahun 2012

Rolling Plan 2 (RP2) serta menggunakan peruntukan RP1 bagi membiayai

projek sambungan dalam RMKe-9.

Pada pendapat Audit, pencapaian prestasi pelaksanaan projek pelancongan

di Wilayah Ekonomi Koridor berbanding perancangan dan strategi yang

ditetapkan adalah memuaskan. Bagaimanapun, pelaksanaan untuk menyiapkan

projek yang belum disiapkan hendaklah dipertingkatkan.

4.5.1.2. Pelaksanaan Projek Pelancongan

Projek pembinaan yang dilaksanakan perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan

berkualiti. Pengesahan kesempurnaan projek hendaklah dilakukan bagi memastikan

projek dapat diguna dengan selamat, selesa dan mudah. Semakan Audit mendapati

berlaku kelewatan dalam penyiapan projek dan kualiti yang kurang memuaskan seperti

berikut:

a. Projek Pembiakan Badak Sumbu Borneo Sumatera

Projek Pembiakan Badak Sumbu Borneo Sumatera dilaksanakan dalam kawasan

Tabin Wildlife Reserve (TWR) di Lahad Datu, Sabah. Matlamat projek adalah untuk

mewujudkan pusat pembiakan badak sumbu Borneo Sumatera mengikut habitatnya

bagi menghalang kepupusan. Pada masa ini, telah terdapat Pusat Perlindungan

Hidupan Liar, Tabin yang menjadi tempat perlindungan 3 ekor badak sumbu Borneo

Sumatera. Pelaksanaan Projek Pembiakan Badak Sumbu Borneo Sumatera

di bawah peruntukan SEDIA ini terbahagi kepada 2 iaitu Pakej A dan B. Pakej A,

meliputi pembinaan jalan gravel sepanjang 1.2km yang bernilai RM939,442.50 yang

akan menghubungkan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin dan jalan utama

dengan pusat pembiakan badak dalam Pakej B. Manakala Pakej B pula meliputi

pembinaan night stall, 5 unit kawasan paddock, 2 unit breathing area, pagar elektrik,

rumah kakitangan, tangki air dan generator.

i. Lawatan Audit pada 21 Disember 2011 mendapati pembinaan jalan gravel

hanya siap 67%. Berdasarkan perancangan asal, projek ini perlu disiapkan pada

21 Januari 2011. Menurut pihak kontraktor, kelewatan berlaku disebabkan

masalah banjir di tapak projek dan pembinaan longkang yang tidak mengikut

spesifikasi. Sebanyak 3 pelanjutan masa telah dipohon, bagaimanapun hanya

lanjutan masa yang pertama dan kedua yang diluluskan iaitu selama 177 hari

dan 75 hari. Permohonan untuk lanjutan masa yang ketiga bagi tempoh 28 hari

masih belum mendapat kelulusan setakat tarikh pengauditan. Sehingga 20

September 2011 sejumlah RM490,526 (52.2%) daripada kos kontrak berjumlah

RM939,442.50 telah dibayar kepada kontraktor. Gambar 4.1 hingga 4.3

menunjukkan keadaan semasa pembinaan jalan gravel.

ii. Semakan lanjut terhadap status pelaksanaan projek di bawah Pakej B pula

mendapati kerja masih belum dimulakan kerana tiada peruntukan. Pembinaan

44 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!