10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

HASIL PENGAUDITAN YANG DILAPORKAN

SECARA RINGKAS

55. KEMENTERIAN KEWANGAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

- Pengurusan Pungutan Cukai Pendapatan Bagi Kes Penyiasatan

55.1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berusaha untuk membanteras

kegiatan pelarian cukai melalui aktiviti penyiasatan. Perkara ini berlaku kerana masih terdapat

individu dan syarikat yang mengabaikan kewajipan dengan mengelak daripada membayar cukai

pendapatan. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan mengalami kekurangan hasil yang sepatutnya

dikutip. Aktiviti penyiasatan merangkumi pemeriksaan terhadap buku/rekod/dokumen peribadi

dan perniagaan pembayar cukai. Pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan bahawa jumlah

pendapatan yang dilaporkan adalah betul, cukai telah dikira serta dibayar mengikut undangundang

dan peraturan percukaian. Penyiasatan akan dilaksanakan ke atas kes yang disyaki dan

mempunyai bukti yang terang dan jelas bahawa pembayar cukai telah dengan sengaja tidak

melaporkan pendapatan atau dengan sengaja melakukan pengelakan di bawah Akta Cukai

Pendapatan (ACP) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949 dan Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

55.2. Pembayar Cukai disiasat dan dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya

melalui analisis risiko; berdasarkan kepada maklumat daripada pengadu dan/atau orang awam;

analisis dan semakan Borang Nyata dan juga dari maklumat risikan yang telah dijalankan.

55.3. Unit Pungutan bertanggungjawab memungut dan memantau pembayaran cukai dan

menjalankan penguatkuasaan terhadap Pembayar Cukai yang gagal membayar cukai dalam

tempoh yang ditetapkan setelah kerja penyiasatan selesai dijalankan dan jumlah cukai

kebelakangan (back duty tax) telah dikenakan.

55.4. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak 2,558 (48%) dari 5,334 kes telah dapat

diselesaikan oleh 18 pusat penyiasatan melibatkan cukai kebelakangan berjumlah

RM2.825 bilion. Kes yang telah selesai disiasat meliputi kes Pembayar Cukai Individu

Penggajian (SG), Pembayar Cukai Individu yang menjalankan perniagaan (OG), Pembayar

Cukai Syarikat (C) dan Pembayar Cukai Kategori yang lain.

55.5. Pengauditan dijalankan pada bulan Disember 2011, Januari 2012 dan April 2012

terhadap pengurusan pungutan cukai pendapatan bagi kes penyiasatan yang diselesaikan bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011. Cawangan Siasatan yang terpilih adalah Cawangan Siasatan

Pulau Pinang, Putrajaya dan Bahagian Siasatan Khas, Jabatan Siasatan iaitu antara Cawangan

yang telah menyelesaikan kes melibatkan cukai kebelakangan terkumpul melebihi RM10 juta

bagi tahun 2009, 2010 atau 2011. Bilangan sampel yang dipilih adalah 100 peratus atau

maksimum 100 fail daripada jumlah keseluruhan kes yang telah diselesaikan dalam tempoh

tahun 2009 hingga 2011 untuk Cawangan Siasatan yang telah terpilih.

55.6. Secara keseluruhannya pengurusan pungutan cukai pendapatan bagi kes penyiasatan

adalah baik. Semakan Audit terhadap statistik 18 Cawangan Siasatan LHDNM mendapati

2,558 kes penyiasatan melibatkan kutipan cukai berjumlah RM2.825 bilion telah diselesaikan.

Ianya melibatkan 1,807 kes selesai berhasil manakala sebanyak 744 melibatkan kes tutup tanpa

pelarasan cukai dan bakinya hanya melibatkan pelarasan teknikal. Butirannya adalah seperti di

jadual berikut:

895 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!