10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

penyenggaraan, pelupusan dan pemantauan terhadap semua kuarters yang

dimilikinya. Pegawai yang ditugaskan bagi pengurusan kuarters perlu diberi

latihan berkaitan pengurusan kuarters dengan mempelajari sistem atau tatacara

pengurusan kuarters daripada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana

Menteri.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Menurut maklum balas Kementerian, Unit Pengurusan Hartanah sedang

menyelaras sistem pengurusan kuarters, mengumpul maklumat pengisian

kuarters, menyewakan kuarters yang kosong kepada agensi lain/swasta dan

menukar fungsi kuarters. Penambahan perjawatan amat mendesak bagi

mewujudkan satu unit pengurusan kuarters supaya kuarters dapat diuruskan

dengan lebih cekap dan teratur. Kementerian juga telah mengadakan Bengkel

Penyelarasan Pengurusan Kuarters bagi tahun 2012 untuk menyelaras Garis

Panduan Pengurusan Kuarters.

34.5.2. Pengurusan Kuarters Kementerian

34.5.2.1. Peraturan Dan Garis Panduan

Pengurusan terhadap kuarters tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dalam

Perintah Am Bab E (Rumah dan Bangunan Pejabat) di samping pekeliling-pekeliling lain

yang berkuatkuasa. Peraturan juga menghendaki Kementerian mengenal pasti dan

menyenaraikan jawatan-jawatan serta penempatan jawatan bagi pegawai yang

disediakan Rumah Khas Jabatan/Jawatan. Bagi maksud ini surat edaran dalaman

hendaklah dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Semakan Audit terhadap pengurusan

kuarters Kementerian mendapati perkara berikut:

a. Kementerian tidak mengeluarkan garis panduan terhadap pengurusan kuarters

sebagai panduan kepada pegawai bertanggungjawab. Lawatan Audit mendapati

hanya PPD Kinta Utara, Ipoh, Perak telah mengeluarkan garis panduan bagi

menguruskan kuarters di bawah kawalannya. Pegawai Kementerian/PPD/IPG/

sekolah hanya merujuk kepada Perintah Am Bab E dan pekeliling berkaitan yang

berkuatkuasa sebagai panduan semasa mengurus kuarters di bawah jagaan

masing-masing. Ketiadaan garis panduan yang standard menyebabkan pelaksanaan

pengurusan kuarters di peringkat PPD/sekolah tidak seragam antaranya kawalan

permohonan pengisian/pengosongan kuarters sekolah oleh pelbagai pihak;

pemotongan elaun juga tidak seragam dan tidak teratur; penyenggaraan kuarters

dilaksanakan oleh pelbagai peringkat menyukarkan kawalan; pelbagai kaedah

berkaitan pembayaran bil utiliti dan kenaan caj tidak seragam serta tiada daftar

aset/kelengkapan diwujudkan.

b. Kementerian tidak menyenaraikan Rumah Khas Jabatan bagi pegawai yang

dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja (contohnya

warden) dan Rumah Khas Jawatan bagi pegawai yang memegang jawatan tertentu

(contohnya Pengarah IPG dan Pengetua). Semakan Audit selanjutnya mendapati

walaupun pihak Kementerian tidak menyenaraikan Rumah Khas berkenaan, pihak

IPG/sekolah telah membayar Bayaran Perumahan Khas (BPK) antaranya kepada

Pengarah IPG, Timbalan Pengarah IPG, Pengetua, Penolong Kanan dan Warden

yang menduduki kuarters. Pembayaran BPK tanpa menyenaraikan Rumah Khas

Jabatan/Jawatan adalah bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh

pekeliling berkenaan. Butiran lanjut bayaran BPK terhadap pegawai yang menduduki

kuarters adalah seperti berikut:

531 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!