10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

JADUAL 64.20

KURSUS YANG DIHADIRI OLEH PEGAWAI DI BAHAGIAN MBD

TAHUN KURSUS YANG DIHADIRI KURSUS YANG BERKAITAN PEMASARAN

2008 26 20

2009 13 5

2010 30 3

2011 8 1

JUMLAH 77 29

Maklum Balas SIRIM Berhad Yang Diterima Pada 19 Jun 2012

Penurunan kursus yang dihadiri oleh anggota kerja MBD kerana mereka telah pun

mengikuti kursus-kursus yang komprehensif berkenaan pemasaran. Oleh yang

demikian, pihak pengurusan berpendapat bahawa anggota kerja di bawah

bahagian tersebut telah terlatih untuk melaksanakan tugas-tugas pemasaran.

Pada pendapat Audit, latihan yang berterusan perlu diadakan untuk menambah

pengetahuan serta meningkatkan dan memantapkan kemahiran mereka.

64.5.3. Kawalan Pengurusan/Tadbir Urus Korporat

64.5.3.1. Pengurusan Aset Syarikat

Menurut Akta Syarikat 1965, Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan

langkah-langkah wajar diambil bagi memastikan aset syarikat diuruskan dengan cekap

dan teratur. Sehingga September 2011, SIRIM mempunyai aset tetap berjumlah

RM691.38 juta. Semakan Audit ke atas pengurusan aset mendapati perkara berikut:

a. Penyenggaraan Rekod Pendaftaran Aset

Mengikut Arahan Kewangan yang dikeluarkan oleh SIRIM, satu daftar harta

hendaklah disenggarakan oleh semua Jabatan/Seksyen yang memiliki aset yang

menunjukkan harga kos belian, nombor siri, nama model dan lain-lain butir yang

sesuai. Semakan Audit di 4 lokasi yang dipilih mendapati Bahagian Korporat dan

AMREC di Kulim mengguna pakai Rekod Aset dari Sistem Perakaunan Century

sebagai senarai aset mereka. Manakala 2 lokasi yang lain iaitu pejabat luar kampus

SIRIM di Rasa dan Pusat Bioprocess Technology ada menyediakan daftar aset

secara manual. Bagaimanapun semakan lanjut mendapati daftar tersebut tidak

lengkap dan kemas kini, antaranya tiada maklumat kod pendaftaran aset, nama

pegawai yang bertanggungjawab, lokasi dan kos aset.

b. Sistem Pengurusan Aset Integrated Asset (i-Asset)

Sistem pengurusan aset SIRIM yang dikenali sebagai Integrated Asset System (i-

Asset) telah dibangunkan secara dalaman oleh Seksyen Pembangunan Aplikasi,

Jabatan Pengurusan Harta dan Teknologi Maklumat. Pembangunan sistem i-Asset

yang diintegrasikan dengan sistem perakaunan Century ini mula beroperasi sejak

tahun 2007 di Jabatan Pengurusan Harta (JPH) dan penggunaannya telah diluaskan

di Bahagian Kewangan SIRIM, dan SIRIM QAS International pada tahun 2010.

Semakan Audit mendapati sistem i-Asset tersebut tidak dapat menyenaraikan aset

mengikut Jabatan/Bahagian yang dipilih. Lokasi aset hanya boleh ditentukan melalui

nombor pendaftaran aset sahaja. Semakan fizikal yang dijalankan mendapati 5 aset

bernilai RM202,442 tidak dapat dikesan lokasi sebenar kerana berbeza dengan

lokasi yang didaftarkan dalam i-Asset dan ada antara aset tersebut merupakan aset

usang yang bernilai buku bersih RM1.00.

967 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!