10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

TAHUN

Pada pendapat Audit, Program SIFE yang dilaksanakan oleh universiti

memberi impak yang positif kepada komuniti setempat.

iv. Skim Usahawan Siswazah

INSKEN telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM883,266 kepada UiTM

pada tahun 2009 untuk melaksanakan latihan asas keusahawanan siswa di

bawah Skim Usahawan Siswazah (SUS). Semakan Audit mendapati UiTM

telah melaksanakan 5 siri latihan asas keusahawanan siswa dengan kos

berjumlah RM200,000 pada tahun 2009. Bagi tahun 2010, INSKEN telah

menyalurkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada 4 universiti untuk

melaksanakan latihan asas keusahawanan siswa bagi tempoh tahun 2011

hingga 2015. Bilangan siri latihan yang ditetapkan bagi tempoh tersebut

ialah 50 siri. Pihak Audit mendapati setakat akhir tahun 2011, sebanyak

20 siri latihan telah dijalankan melibatkan 567 peserta dengan kos berjumlah

RM680,000.

Semakan selanjutnya mendapati bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011,

sebanyak 118 (1.4%) daripada 8,212 peserta KAKS dan SUS telah

mengemukakan permohonan pembiayaan kewangan daripada Tabung

Usahawan Siswa (TUS) kepada SME Bank untuk memulakan perniagaan.

Bagaimanapun hanya 31 (26.3%) permohonan telah diluluskan manakala

selebihnya ditolak. Menurut pegawai SME Bank, kebanyakan pemohon

gagal mendapatkan pembiayaan kerana tidak memenuhi penilaian kredit

yang ditetapkan oleh SME Bank. Butiran lanjut seperti di jadual berikut:

JADUAL 22.5

KELULUSAN PEMBIAYAAN TUS KEPADA PESERTA KAKS DAN SUS

PEMOHONAN

BIL. PESERTA YANG

MENGIKUTI KURSUS

PEMBIAYAAN

DARIPADA

PESERTA

KAKS & SUS

PEMOHON

YANG

BERJAYA

PESERTA

KAKS

PESERTA

SUS

KAKS SUS JUMLAH BIL. % BIL. % BIL. % BIL. %

2009 3,003 145 3,148 50 1.6 13 26 *TM - *TM -

2010 4,227 270 4,497 19 0.4 4 21.1 0 0 4 100

2011 **TM 567 567 49 8.6 14 28.6 2 14.3 12 85.7

JUMLAH 7,230 982 8,212 118 1.4 31 26.3 - - - -

Nota: (*) - Tiada Maklumat Kerana INSKEN Dan SME Bank Tidak Mempunyai Data Mengikut Aktiviti (KAKS Dan SUS) Bagi Tahun

2009

(**) - Maklumat Tidak Dapat Dikemukakan Oleh Pihak INSKEN

Maklum Balas Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Yang

Diterima Pada 5 Jun 2012

Penilaian kredit oleh SME Bank bagi satu-satu permohonan pinjaman adalah

berdasarkan kepada potensi projek yang akan dilaksanakan; memenuhi syarat

permohonan TUS yang ditetapkan; latar belakang peminjam dan penjamin

berdasarkan rekod CCRIS/CTOS serta dokumen sokongan yang lengkap

dikemukakan. Bagi meningkatkan lagi permohonan TUS yang berjaya, INSKEN

dan SME Bank telah membuat penambahbaikan ke atas modul kursus SUS

dengan memberi penekanan kepada penyediaan rancangan perniagaan mengikut

keperluan SME Bank; subjek perancangan kewangan syarikat diberi nilai tambah

dan pemilihan bidang perniagaan yang lebih kompetitif dan menguntungkan.

Perbincangan dengan SME Bank juga diadakan secara berkala dan setiap

rancangan perniagaan daripada graduan akan disemak dan ditapis oleh pihak

INSKEN bagi memastikan permohonan memenuhi kriteria ditetapkan oleh SME

Bank.

323 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!