10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Kegiatan menjual hasil jualan ke negara jiran merupakan satu tradisi kerana

sebahagian besar pengkultur merupakan pendatang dari Negara Filipina; industri

rumpai laut beroperasi dalam keadaan monopsoni (hanya 3 pengilang yang

memanipulasi harga); penglibatan orang tengah dan penguatkuasaan yang

lemah.

16.5.4.2. Jaminan Kualiti Hasil Rumpai Laut

Pihak Audit juga mendapati hasil rumpai laut yang dijual terus kepada pihak kilang tidak

mempunyai jaminan kualiti di mana pengeluaran rumpai laut tidak melalui standard

umum. Ini adalah kerana belum ada suatu standard kualiti rumpai laut yang bermutu

tinggi yang ditetapkan dalam program ini.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

26 Jun 2012

Standard kualiti rumpai laut kering adalah dalam peringkat akhir penyediaan.

Pada pendapat Audit, Jabatan hendaklah mewujudkan satu kaedah pemasaran yang

boleh menjamin pendapatan penternak rumpai laut dan ekonomi negara.

16.6. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan pengurusan pembangunan

industri rumpai laut dapat dilaksanakan secara teratur dan cekap, adalah disyorkan supaya pihak

Kementerian/Jabatan mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

16.6.1. Memastikan status pelaksanaan oleh agensi pelaksana dipertingkatkan agar

output/outcome dapat dicapai seperti yang ditetapkan.

16.6.2. Bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual, setiap projek yang

dilaksanakan hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira keperluan

pengguna.

16.6.3. Memastikan kontraktor membaiki sebarang kerosakan/kecacatan dengan segera.

16.6.4. Mengagihkan baki bot/sampan kepada pengusaha dengan secepat mungkin bagi

mengelakkan pembaziran dan value for money.

16.6.5. Melaksanakan kajian penilaian impak bagi aktiviti ini bagi memastikan outcome

dapat dicapai dengan komprehensif secara mapan.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 115-121

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

219 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!