10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

subseksyen 119A(a) ACP 1967, kegagalan pembayar cukai mematuhi subseksyen

82(3) ACP 1967 boleh menyebabkan mereka didakwa dan jika sabit kesalahan,

boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak

melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Semakan Audit di 15 Cawangan LHDNM

mendapati notis tersebut tidak dikeluarkan kepada 338 individu berpendapatan

perniagaan melibatkan 822 kes gagal menyimpan rekod dengan lengkap. Ini

bermakna matlamat mendidik individu berpendapatan perniagaan menyimpan rekod

dengan lengkap tidak tercapai. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 9.11

NOTIS PERINGATAN TIDAK DIKELUARKAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI

YANG GAGAL MENYIMPAN REKOD YANG LENGKAP

CAWANGAN BIL. INDIVIDU BIL. KES

Alor Setar 10 16

Johor Bahru 11 23

Pulau Pinang 16 23

Ipoh 4 8

Taiping 1 2

Temerloh 37 95

Kota Bharu 37 98

Kuala Terengganu 32 90

Kota Kinabalu 15 26

Labuan 4 4

Kuching 32 104

Shah Alam 2 2

Melaka 33 56

Seremban 27 50

Kuala Lumpur Bandar 77 225

JUMLAH 338 822

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Pegawai Audit Luar LHDNM terlepas pandang untuk mengeluarkan notis di bawah

subseksyen 82(3) ACP 1967 kepada individu yang tidak menyimpan rekod dengan

lengkap. Cawangan LHDNM bersetuju dengan kepentingan mengeluarkan notis

tersebut kepada pembayar cukai dan telah berbuat demikian selepas teguran

Audit. Selain itu, Jabatan Pematuhan Cukai LHDNM di Ibu Pejabat sedang

menyediakan satu Kertas Konsep bagi tujuan penambahbaikan kes-kes berkaitan

subseksyen 82(3) ACP 1967. Ia bertujuan mewujudkan satu prosedur bagi

mengawal selia pembayar cukai yang didapati tidak menyimpan rekod transaksi

perniagaan semasa kerja audit cukai dijalankan.

Pada pendapat Audit, LHDNM perlu menambah baik aplikasi Case

Management System (CMS) bagi membolehkan notis peringatan di bawah

subseksyen 82(3) ACP 1967 dijana terus daripada sistem. Ini bagi

mengelakkan Pegawai Audit Luar terlupa/terlepas pandang mengeluarkan

notis tersebut secara manual. Jika pembayar cukai melakukan kesalahan

berulang, tindakan pendakwaan hendaklah diambil di bawah subseksyen

119A(a) ACP 1967.

113 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!