10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

12. Pengurusan Barang Rampasan Dan Lucut Hak

a. Akta Kastam 1967 memberi kuasa kepada Pegawai Kastam untuk menyita apa-apa

barang yang disyaki telah melanggar Akta Kastam. Barangan yang disita akan menjadi

barang rampasan Kastam dan disimpan di Stor Penguatkuasaan di bawah jagaan Pegawai

Kastam. Manakala barang-barang lucut hak Kastam merupakan semua jenis barangan

yang dirampas dan dilucut hak kepada Kerajaan. Bahagian Penguatkuasaan telah berjaya

merampas barangan yang terdiri dari komoditi yang berisiko tinggi seperti rokok,

minuman keras, kenderaan dan tekstil. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, bahagian ini

telah berjaya merampas barangan bernilai RM1.365 bilion yang melibatkan cukai Kastam

berjumlah RM1.316 bilion. Pengauditan yang dijalankan di Ibu Pejabat Bahagian

Penguatkuasaan JKDM dan 5 JKDM negeri (Melaka, Pahang, Perak, Perlis dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur) mendapati perkara seperti berikut:

i. pengurusan dan kawalan barang rampasan dan lucut hak JKDM secara umumnya telah

mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil jualan kenderaan dan barang lucut hak

meningkat sebanyak 388.9% iaitu daripada RM3.15 juta pada tahun 2009 kepada

RM15.40 juta pada tahun 2011;

ii. penyelesaian kes yang kurang cekap;

iii. kelemahan dalam penyelenggaraan daftar/rekod, kebersihan dan keselamatan Stor; dan

iv. penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan.

b. JKDM disyorkan melaksanakan perkara seperti berikut:

i. menetapkan tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiapkan kertas siasatan

terutamanya bagi kes yang melibatkan tangkapan dengan mengambil kira kerumitan

kes;

ii. menetapkan satu tempoh tertentu bagi kertas siasatan yang terlalu lama untuk

diselesaikan supaya tindakan pelupusan dapat disegerakan;

iii. memastikan Daftar Barang Rampasan dan Penyata Bulanan Barang Rampasan

diselenggarakan secara teratur mengikut peraturan yang ditetapkan;

iv. memastikan keadaan Stor Penguatkuasaan dan barang/kenderaan rampasan sentiasa

berada dalam keadaan bersih dan dijaga dengan baik supaya kualitinya dan

kegunaannya lebih terjamin; dan

v. memastikan peralatan bagi sistem kawalan keselamatan ditempatkan di lokasi yang

lebih sesuai supaya dapat berfungsi dengan berkesan.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

13. Pengurusan Projek Pertanian Kawasan Parlimen

a. Dua daripada 4 komponen di bawah Projek Pertanian Kawasan Parlimen adalah Projek

Kecil Pertanian Kawasan Parlimen (PKPP) dan Projek Pertanian Majlis Pembangunan

Pertanian Kawasan Parlimen (Projek Pertanian MPPP). Setiap kawasan Parlimen

diperuntukkan sejumlah RM100,000 setahun bagi melaksanakan setiap komponen projek

tersebut. Objektif PKPP adalah untuk melibatkan Ahli Parlimen dalam merancang dan

memantau pelaksanaan projek kecil pertanian dan membantu kumpulan sasar iaitu petani,

penternak dan nelayan dalam meningkatkan pendapatan hasil pengeluaran. Objektif

penubuhan MPPP pula adalah untuk mendapatkan idea melalui forum, mengenal pasti

masalah, menghebahkan peluang dan kemudahan yang berkaitan dengan projek pertanian.

Pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya, projek ini telah

dilaksanakan mengikut perancangan. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam

pelaksanaan projek seperti berikut:

xxii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!