10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

5. PENGURUSAN PINJAMAN PERUMAHAN DI BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN

5.1. LATAR BELAKANG

5.1.1. Kerajaan telah menubuhkan satu Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (KWPP)

yang diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia

melalui Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42) yang bertujuan memberi

pinjaman kepada anggota sektor awam. Sumber kewangan KWPP adalah terdiri daripada

peruntukan Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Pembangunan; pinjaman daripada

bank dan institusi kewangan; bayaran balik pinjaman dan faedah yang diterima. Manakala

dana KWPP ini pula digunakan untuk bayaran pinjaman perumahan; insurans; perkhidmatan

pensekuritian dan bayaran balik pinjaman yang diterima. Pada akhir tahun 2011, baki KWPP

adalah berjumlah RM1.908 bilion. Kedudukan Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan bagi

tempoh tahun 2007 hingga 2011 adalah seperti di jadual berikut:

TAHUN

JADUAL 5.1

KEDUDUKAN KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN

BAGI TEMPOH TAHUN 2007 HINGGA 2011

BAKI PADA

1 JANUARI

(RM Juta)

PENGELUARAN

(RM Juta)

BAYARAN

BALIK

(RM Juta)

BAKI PADA

31 DISEMBER

(RM Juta)

2007 1,713.35 30,089.46 31,371.25 2,995.14

2008 2,995.14 15,115.81 14,576.55 2,455.88

2009 2,455.88 16,829.75 16,131.56 1,757.69

2010 1,757.69 9,046.63 10,502.40 3,213.46

2011 3,213.46 13,264.42 11,959.29 1,908.33

Sumber: Penyata Kewangan Tahun 2007, 2008, 2009, 2010 Dan 2011

5.1.2. Objektif BPP adalah untuk menguruskan pembiayaan perumahan awam secara

profesional, berintegriti dan berhemat selaras dengan hasrat untuk membantu anggota

sektor awam memiliki rumah sendiri. Skim pinjaman perumahan Kerajaan telah

dilaksanakan mulai tahun 1970 di BPP Perbendaharaan Malaysia dan mulai bulan Jun 2009

BPP telah menubuhkan cawangannya di Sabah dan Sarawak yang menguruskan proses

permohonan, kelulusan, cagaran serta bayaran kecuali pengeluaran cek/EFT untuk

pemohon pinjaman perumahan di Sabah dan Sarawak.

5.1.3. BPP menyediakan 7 jenis pinjaman yang boleh dipohon seperti di Jadual 5.2.

Sehingga 31 Disember 2011, terdapat 971,893 peminjam dengan baki pinjaman berjumlah

RM51.152 bilion. Daripada baki tersebut, sejumlah RM19.944 bilion telah disekuritikan

kepada Cagamas Berhad.

JENIS

PINJAMAN

JADUAL 5.2

JENIS PINJAMAN YANG BOLEH DIPOHON

BUTIRAN

I Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Yang Telah Siap

II Membina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

III Membeli Rumah Atau Petak Rumah Kediaman Dalam Pembinaan

IV Membeli Tanah Dengan Tujuan Membina Rumah

V Menyelesaikan Hutang Pinjaman Perumahan Daripada Bank/Institusi Kewangan

VI Membina Rumah Di Atas Tanah Pemohon Yang Dibeli Melalui Pinjaman Kerajaan

VII Membuat Kerja Ubah Suai Rumah

51 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!