10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

iii. Jawatankuasa Teknikal telah meluluskan penggunaan bahan kering yang

disenaraikan di Lampiran Tawaran Teknikal oleh kontraktor walaupun item yang

disenaraikan itu langsung tidak mempunyai tanda halal. Contoh sekolah dan

bahan kering adalah seperti di jadual dan gambar berikut:

JADUAL 36.8

BAHAN KERING DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TEKNIKAL

WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI TANDA HALAL

NAMA SEKOLAH KOPI JUS OREN

SAM Jeram - Ceres

SM Teknik ERT Setapak Cap Kapal Api -

SM Teknik Kuala Selangor - Ceres

SM Sains Johor, Kluang Cap Kapal Api -

SM Sains Kota Tinggi Cap Kapal Api -

SM Sains Selangor Cap Taj Mahal -

SM Teknik (ERT) Azizah Cap Kapal Api -

SM Teknik Kuala Lumpur Cap Boxing -

GAMBAR 36.13 GAMBAR 36.14

SM Teknik Kuala Selangor, Selangor

- Minuman Jus Yang Diluluskan Oleh Jawatankuasa

Teknikal Walaupun Tidak Mempunyai Tanda Halal

(14.11.2011)

SM Sains Johor, Kluang, Johor

- Serbuk Kopi Yang Diluluskan Oleh Jawatankuasa

Teknikal Walaupun Tidak Mempunyai Tanda Halal

(18.10.2011)

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Pihak Kementerian telah memberi peringatan terhadap ketidakpatuhan kontraktor

dalam menyediakan sepenuhnya 25 bahan kering di stor dan item kering yang

tidak mengikut jenama, spesifikasi dan kualiti yang mana juga telah dimaklumkan

secara lisan/bertulis oleh pihak sekolah. Tindakan sewajarnya juga telah diambil

oleh kontraktor dalam memastikan teguran ini tidak berulang lagi di masa

hadapan. Pihak pentadbiran sekolah juga akan memastikan pemantauan secara

berterusan dilakukan bagi mengawal selia pematuhan kontraktor terhadap

pematuhan kontrak ini. Manakala perkara berkenaan bahan-bahan bermutu dan

HALAL telah jelas dinyatakan di dalam Borang Tender “Makanan hendaklah

disediakan dengan menggunakan bahan-bahan bermutu dan HALAL serta

tertakluk kepada Akta Makanan dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat

kuasa”.

iv. Pemeriksaan Audit pada 15 November 2011 di stor bahan kering di SM Teknik

ERT Setapak mendapati sos tiram dan tomato telah luput tarikh guna pada

2 September 2011, 17 Ogos 2011 dan 19 September 2011, namun masih lagi

disimpan di stor berkenaan. Manakala semasa lawatan Audit di SAM Sungai

Merab Luar pada 10 November 2011 mendapati mentega jenama Daisy telah

luput tarikh pada 23 Oktober 2011 masih lagi berada di stor ini. Di SM Sains

584 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!