10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 33.43 GAMBAR 33.44

SK Telanok, Cameron Highlands, Pahang

- Contoh Peralatan Panel Solar Yang Belum

Didaftarkan Dan Tidak Dilabel

(04.10.2011)

SK Ladang Mutiara, Kluang, Johor

- Contoh Peralatan Inverter Yang Belum

Didaftarkan Dan Tidak Dilabel

(19.10.2011)

GAMBAR 33.45 GAMBAR 33.46

SK Tinanom, Ranau, Sabah

- Contoh Peralatan Inverter “Sunny Boy”

Yang Belum Didaftarkan

(10.11.2011)

SK Kalumpang, Semporna, Sabah

- Contoh Peralatan Bateri Yang

Belum Didaftarkan

(22.11.2011)

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kementerian mengambil maklum akan teguran Audit dan meminta pihak JPN

Sabah pada 30 Mac 2012 untuk mengambil tindakan pendaftaran peralatan sistem

solar hibrid di dalam Daftar Aset Alih Kerajaan.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memastikan peralatan yang dipasang dilabel,

direkodkan dan didaftarkan. Ia bagi tujuan memastikan aset Kerajaan dapat

direkodkan dengan teratur dan terkawal serta tindakan penyenggaraan dapat

ditentukan dengan berkesan.

33.5.5. Keselamatan Di Kawasan Sistem Solar Hibrid

Aspek keselamatan perlu diberi penekanan bagi menjamin keselamatan kawasan stesen

sistem solar hibrid. Di sekeliling lokasi tersebut perlu dipagar dan diletak papan tanda

amaran sebagai langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku kecurian,

pencemaran dan vandalisme serta keselamatan kepada murid-murid. Lawatan Audit ke 20

buah sekolah mendapati perkara seperti berikut:

33.5.5.1. Sistem Pengesan Dan Pemadam Kebakaran

Pemasangan sistem pengesan dan pemadam kebakaran adalah perlu untuk mengesan

kebakaran di peringkat permulaan agar api dapat dipadamkan dengan serta merta.

Pemeriksaan Audit bagi Projek SSH di negeri Sabah mendapati rumah kuasa yang

menempatkan set janakuasa, inverter dan bateri tidak dilengkapi sistem pengesan dan

pemadam kebakaran. Ia hanya dibekalkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher)

jenis dry powder yang digunakan secara manual dan ini adalah tidak berkesan

519 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!