10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, ketiadaan rekod yang lengkap dan sempurna serta tempat

penyimpanan aset terpakai yang terbuka dan tidak dilengkapkan dengan ciri-ciri

keselamatan mendedahkan kepada risiko aset tersebut disalah guna; dicuri dan

tidak dapat dikesan/hilang. Sehubungan itu, kawalan terhadap penyimpanan dan

penyelenggaraan daftar aset yang lengkap dan kemas kini perlu dipertingkatkan

memandangkan aset tersebut bernilai tinggi.

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pulau Pinang sedang dalam proses

menilai sebut harga bagi pelupusan aset projek. Sebut harga telah dibuka pada

11 Mac 2012 dan ditutup pada 11 April 2012. Hasil penilaian akan dipanjangkan

kepada SUK Pulau Pinang untuk keputusan bagi tujuan pelupusan.

31.6. SYOR AUDIT

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini, adalah disyorkan supaya

pihak yang terlibat mengambil tindakan terhadap perkara berikut:

31.6.1. JKR perlu menjalankan pemeriksaan dengan lebih rapi dan memastikan semua

kerja pembinaan dan kecacatan diperbaiki dengan sempurna oleh kontraktor.

31.6.2. Kegagalan PHC menyenggara operasi kereta api sebagaimana yang dijadualkan

perlu diambil tindakan sewajarnya oleh pihak PHC memandangkan ia boleh menjejaskan

keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

31.6.3. PHC perlu memastikan pegawai yang bertanggungjawab terhadap operasi diberi

latihan yang secukupnya dan memberi pendedahan pengalaman operasi secara hands-on

yang mencukupi bagi memastikan kelancaran operasi dan mengelakkan daripada

berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

31.6.4. Kawalan terhadap penyimpanan dan penyelenggaraan daftar aset terpakai yang

lengkap dan kemas kini perlu dipertingkatkan oleh JKR dan PHC memandangkan aset

tersebut bernilai tinggi. Ketiadaan rekod yang lengkap dan sempurna serta tempat

penyimpanan aset terpakai yang terbuka dan tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan

mendedahkan kepada risiko aset tersebut disalah guna; dicuri dan tidak dapat

dikesan/hilang.

31.6.5. Bagi meningkatkan imej Industri Pelancongan Negara di mata dunia serta

memastikan Kerajaan mendapat value for money atas projek yang dilaksanakan, mesyuarat

penyelarasan antara pihak Kementerian Pelancongan; PHC dan JKR perlu dibuat dari

semasa ke semasa khususnya bagi mewujudkan perkhidmatan kereta api yang cekap bagi

menggalakkan kehadiran pelancong ke Pulau Pinang.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 239-245

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

481 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!