10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

57. KEMENTERIAN PERTAHANAN

- Pengurusan Perolehan Pesawat PC-7 MK II

57.1. Kementerian Pertahanan (Kementerian) telah membuat permohonan peruntukan

berjumlah RM354 juta kepada Kementerian Kewangan pada 19 Oktober 2005 untuk membuat

perolehan 16 pesawat PC-7 MK II bagi menggantikan pesawat sedia ada yang tidak lagi

berupaya untuk melaksanakan tugas latihan secara lebih efektif. Perolehan ini juga bagi

memenuhi usaha Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengambil langkah yang lebih

strategik dalam meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kepakaran yang tinggi di kalangan

juruterbangnya.

57.2. Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan perolehan pesawat pada

17 November 2005 berjumlah RM354 juta. Pada 30 Disember 2005, Lembaga Perolehan A telah

bersetuju menerima dan memperakukan harga tawaran secara rundingan terus daripada

Syarikat Pilatus Aircraft Ltd berjumlah RM213.42 juta (CHF72,102,500) untuk 10 buah pesawat

PC-7 MK II baru; Flight Training Device (FTD) serta kerja membekal, menyenggara dan menaik

taraf 8 pesawat PC-7 MK II sedia ada yang dimiliki oleh TUDM. Kementerian telah memohon

kepada Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2006 untuk memuktamadkan harga perolehan

tersebut dan ianya telah diluluskan pada 14 Februari 2006. Perjanjian kontrak telah

ditandatangani pada 24 April 2006 di antara Kementerian dan Syarikat Pilatus Aircraft Ltd.

Gambar 57.1 dan 57.2 menunjukkan Pesawat PC-7 MK II dan Flight Training Device (FTD) yang

telah dibeli oleh TUDM.

GAMBAR 57.1 GAMBAR 57.2

Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah

- Pesawat PC-7 MK II

Kolej Tentera Udara, Alor Setar Kedah

- Flight Training Device (FTD)

57.3. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2011 mendapati

pengurusan perolehan pesawat PC-7 MK II adalah memuaskan. Bagaimanapun, semakan Audit

terhadap dokumen pengurusan perolehan pesawat di Kementerian; Markas Tentera Udara;

Markas Pendidikan Latihan Udara (MPLU); Markas Logistik Udara serta Kolej Tentera Udara di

Kedah mendapati beberapa kelemahan dalam pembayaran dan penggunaan pesawat seperti

berikut:

57.3.1. Mengikut syarat kontrak, bayaran pendahuluan hendaklah dibayar sebanyak

15 peratus daripada harga kontrak iaitu RM31.13 juta (CHF10,815,375) dalam tempoh 45

hari selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan. Selain itu, bayaran kemajuan pertama

dan kedua yang masing-masingnya berjumlah CHF6,908,483.60 dan CHF10,362,725.40

hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari dan 180 hari dari tarikh SST dikeluarkan.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati bayaran pendahuluan telah dibuat pada 13 April

2006, iaitu melebihi tempoh 45 hari dari tarikh SST dikeluarkan iaitu pada 14 Februari 2006.

Selain itu, terdapat kelewatan pembayaran bagi kedua-dua bayaran kemajuan, di mana

bayaran kemajuan pertama dan kedua telah lewat dijelaskan selama 36 hari dan 86 hari dari

tarikh SST dikeluarkan.

900 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!