10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

21.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail berkaitan projek di bawah

RMKe-9. Lawatan ke tapak projek telah diadakan bagi menilai pengurusan dan pencapaian

objektif projek. Temu bual dengan pegawai dan penduduk sekitar lokasi projek juga diadakan

untuk mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaan dan keberkesanan projek.

21.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati

pelaksanaan projek di beberapa lokasi telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu

untuk mengatasi masalah pengurusan air larian hujan seperti mengurangkan kejadian banjir kilat

dan mengawal kualiti air daripada tercemar. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa lokasi

projek yang mengalami masalah kawalan terhadap kuantiti dan kualiti air. Antara kelemahan

yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. beberapa komponen saliran yang dipasang/dibina seperti kolam takungan, saluran serta

kawalan sampah dan kelodak tidak dapat berfungsi seperti mana yang dikehendaki

kerana banjir masih berlaku di lokasi pembinaan;

ii. kualiti air tercemar;

iii. komponen yang dipasang terbiar usang dan tidak digunakan lagi;

iv. kapasiti takungan air larian hujan berkurangan;

v. komponen diubah suai/diganti kerana tidak sesuai digunakan;

vi. kolam takungan MSMA tiada kawalan sampah dan kelodak;

vii. parit tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna dan komponen yang telah dibayar

tidak digunakan; dan

viii. kajian Pelan Induk yang telah disediakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas JPS adalah seperti di

perenggan berikut:

21.5.1. Prestasi Projek

21.5.1.1. Pencapaian Fizikal Projek

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan didapati bagi tempoh tahun 2006 hingga

2010, JPS telah merancang untuk melaksanakan 93 projek dan sejumlah 71 projek

(76.3%) telah berjaya dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Manakala

sejumlah 21 projek (22.6%) telah dilaksanakan dengan lanjutan masa serta satu projek

telah dibatalkan. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 21.2

PRESTASI FIZIKAL PROJEK SALIRAN BANDAR DI BAWAH RMKe-9

SIAP

BIL. PROJEK

TIDAK

NEGERI

DIRANCANG IKUT TARIKH

DENGAN EOT DILAKSANAKAN

ASAL

Perlis 3 2 1 -

Kedah 2 1 1 -

Pulau Pinang 8 6 2 -

Perak 3 1 2 -

Selangor 7 4 2 1

Wilayah Persekutuan 10 7 3 -

Negeri Sembilan 2 1 1 -

Melaka 1 - 1 -

289 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!