10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Jabatan Insolvensi Malaysia Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Pihak MdI telah mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada Pegawai

Insolvensi yang bertugas di Mahkamah supaya membuat bantahan sekiranya

alamat yang dikemukakan oleh pihak pempetisyen bukan merupakan alamat

terkini. Selain itu, semakan terhadap sistem ALIS, institusi-institusi kewangan,

peguam, LHDN dan KWSP akan dibuat bagi mendapatkan alamat terkini bankrap.

MdI juga sedang dalam usaha membangunkan Sistem Insolvensi Bersepadu

(INSIST) yang dapat membantu pegawai membuat pemantauan kehadiran

bankrap/pengarah syarikat secara sistematik dan berkesan. MdI akan

melaksanakan kuasa budi bicara dalam menentukan sama ada tindakan

penguatkuasaan diambil terhadap bankrap/pengarah syarikat yang gagal hadir.

Norma masa bagi mengeluarkan notis hadir kepada bankrap/pengarah syarikat

telah ditetapkan dalam masa 3 hari dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah

Penghukuman/Perintah Penggulungan melalui Minit Mesyuarat Pengarah-

Pengarah Negeri Bil. 1/2010.

2.5.7. Penyata Hal Ehwal (PHE) Masih Belum Difailkan

2.5.7.1. Seksyen 16 (2) Akta Kebankrapan 1967 menetapkan bankrap hendaklah

mengemukakan kepada Ketua Pengarah Insolvensi suatu pernyataan di dalam borang

PHE yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan hal ehwal aset dan liabiliti

penghutang. Bagi kes kebankrapan, PHE tersebut hendaklah disahkan dengan akuan

bersumpah dan diserahkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh PP&PP sekiranya petisyen

difailkan oleh penghutang dan 21 hari jika difailkan oleh pemiutang. Seksyen 234 Akta

Syarikat 1965 pula menetapkan pengarah/pegawai syarikat untuk menyerahkan PHE

syarikat kepada Pegawai Penerima dalam tempoh 14 hari selepas ianya diterima.

Proses kerja/carta aliran pemfailan PHE menetapkan prosiding komital hendaklah

diambil terhadap bankrap/pengarah syarikat sekiranya masih gagal untuk memfailkan

PHE dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2.5.7.2. Semakan Audit terhadap 688 fail kes kebankrapan dan penggulungan syarikat

di semua pejabat yang dilawati mendapati 224 (32.6%) borang perakuan penerimaan

PHE telah diakui terima oleh bankrap/pengarah syarikat. Bagaimanapun, hanya

198 (88.4%) PHE dikembalikan semula oleh bankrap/pengarah syarikat manakala

26 (11.6%) PHE masih belum diserahkan. Pihak Audit juga mendapati surat

peringatan/aduan kepada SSM tidak dikeluarkan/dibuat bagi 20 (76.9%) daripada 26 fail

kes kebankrapan/penggulungan syarikat untuk mengemukakan PHE. Ini akan

menyebabkan MdI tidak dapat melakukan tindakan seterusnya iaitu permohonan waran

tangkap dan tempoh pentadbiran kes akan melibatkan masa yang lama. Bagi PHE yang

dikembalikan pula, sebanyak 26 (13.1%) PHE diterima melebihi tempoh yang ditetapkan

iaitu antara 15 hingga 700 hari. Butiran mengenai bilangan fail kes di mana borang PHE

tidak/lewat diterima adalah seperti di jadual berikut:

PEJABAT NEGERI/CAWANGAN

KES KEBANKRAPAN

JADUAL 2.8

PHE TIDAK DIKEMBALIKAN/LEWAT DITERIMA

BAGI KES KEBANKRAPAN DAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

BIL. PHE

DISERAHKAN

BIL. PHE TIDAK

DIKEMBALIKAN

BIL. PHE LEWAT

DIKEMBALIKAN

TEMPOH LEWAT

MENGEMBALIKAN

PHE

(Hari*)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 34 3 4 21 - 354

Selangor 41 3 6 25 - 325

Johor 47 3 2 17 - 700

12 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!