10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Kesannya, adalah sukar untuk mengesahkan kemajuan kerja di tapak pembinaan

serta memastikan sama ada penyeliaan di tapak bina telah dilakukan oleh JKR.

Pada pendapat Audit, JKR hendaklah memastikan agar Buku Harian Tapak

disediakan dan dikemas kini agar semua aktiviti di tapak dapat direkodkan

bagi tujuan penyeliaan dan pemantauan.

Maklum Balas Jabatan Meteorologi Malaysia Yang Diterima Pada 29 Mei 2012

JKR memaklumkan pihaknya mengambil maklum perkara ini dan akan

memastikan Buku Harian Tapak diisi dan dikemas kini bagi projek akan datang.

g. Senarai Kuantiti dan Lukisan Kontrak

Senarai Kuantiti dan Lukisan Kontrak perlu disediakan dengan lengkap dan kemas

kini. Semakan Audit mendapati beberapa skop kerja yang diperlukan tidak

dinyatakan secara terperinci bagi projek Pembinaan Pejabat Meteorologi Kuala Krai

dan projek Pembinaan Kuarters Meteorologi Muadzam Shah. Sebagai contoh, tetopi

cerucuk tidak dinyatakan di dalam Senarai Kuantiti tetapi dinyatakan di dalam

Lukisan Kontrak. Manakala pemasangan jeriji tingkap, penutup longkang dan pagar

Met Farm tidak dinyatakan di dalam Senarai Kuantiti dan Lukisan Kontrak

Pembinaan Pejabat Meteorologi Kuala Krai. Pelarasan semula kerja cerucuk dan

kerja pemasangan jeriji/pagar Met Farm kemudiannya telah dibuat dan masingmasingnya

melibatkan kos tambahan berjumlah RM31,888 dan RM33,246. Bagi

projek Pembinaan Kuarters Meteorologi Muadzam Shah pula, longkang di hadapan

kuarters yang bersaiz 600mm lebar didapati tidak dilengkapi dengan penutup

longkang dan bebendul jalan di sepanjang jalan tidak dibina (Gambar 29.3) kerana

ia tidak dinyatakan di dalam Senarai Kuantiti dan Lukisan Kontrak. Hal ini boleh

menjejaskan keselamatan pengguna projek seperti pekerja dan penghuni kuarters.

GAMBAR 29.3 GAMBAR 29.4

SEBELUM SELEPAS

Kuarters Meteorologi Muadzam Shah, Pahang

- Bebendul Jalan Dan Penutup Longkang

Di Sepanjang Jalan Tidak Dibina

(08.07.2011)

Kuarters Meteorologi Muadzam Shah, Pahang

- Bebendul Jalan Di Sepanjang Jalan Telah

Dibina Selepas Teguran Audit

(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia)

Maklum Balas Jabatan Meteorologi Malaysia Yang Diterima Pada 29 Mei 2012

JMM telah menggunakan peruntukan sedia ada bagi tahun 2011 telah digunakan

untuk membina bebendul. Penutup longkang dirancang untuk dibuat

menggunakan peruntukan sedia ada bagi tahun 2012.

h. Lukisan Siap Bina

Lukisan siap bina hendaklah dikemas kini sepanjang perjalanan projek dan

hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa secara berperingkat menurut

aturan kerja. Semakan Audit mendapati kontraktor tidak menyediakan dokumen

tersebut bagi semua projek terlibat.

439 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!