10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

54. JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

- PENGURUSAN PEROLEHAN PERALATAN BANTUAN KECEMASAN

54.1. LATAR BELAKANG

54.1.1. Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) ditubuhkan pada 24 Mac 1952 di bawah

peruntukan Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951). Pada tahun

1979, Ordinan Pertahanan Awam 1951 telah dipinda dengan menambah tanggungjawab

JPAM untuk memberi khidmat bantuan bencana semasa aman. Antara fungsi utama JPAM

adalah seperti berikut:

Menggubal dasar-dasar yang sesuai mengenai pertahanan awam;

Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan

sokongan dan logistik;

Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh negara; dan

Melakukan tugas-tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di

seluruh negara.

54.1.2. Bagi melaksanakan perkhidmatan bantuan kecemasan, JPAM dilengkapkan dengan

peralatan bantuan keselamatan yang sesuai selaras dengan teknologi masa kini. Perolehan

peralatan bantuan kecemasan melalui kaedah tender diuruskan oleh Kementerian Dalam

Negeri, manakala perolehan secara sebut harga dan pembelian terus diuruskan oleh JPAM.

54.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan perolehan peralatan bantuan

kecemasan telah diurus dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang

ditetapkan.

54.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pembelian, pendaftaran, penggunaan,

penyenggaraan, pelupusan dan penyelenggaraan rekod terhadap pengurusan perolehan

peralatan bantuan kecemasan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Semakan Audit dijalankan

di Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri (Kementerian); Ibu Pejabat Pertahanan

Awam Kuala Lumpur (IPPA KL); 4 Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) iaitu PNPA Kedah,

Kelantan, Perlis dan Sabah; 6 Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) dan 3 Pejabat Unit

Pertahanan Awam (PUPA).

54.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi penyemakan ke atas fail, rekod dan dokumen berkaitan

pengurusan perolehan peralatan bantuan kecemasan, temu bual dengan pegawai dan anggota

yang terlibat, analisis terhadap data yang dikemukakan dan pemeriksaan fizikal terhadap

peralatan bantuan kecemasan.

883 TERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!