10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

pencegahan (preventive), rumah tersebut terutama yang rosak akan menyebabkan

kerosakan yang lebih serius dan akan meningkatkan kos pembaikan. Pihak UPP

juga perlu menggalakkan pegawai dan anggota yang tidak menduduki rumah yang

disediakan untuk mendiami rumah yang kosong untuk mengelak daripada

Kerajaan berterusan mengalami kerugian daripada peningkatan kos pembaikan

dan penyenggaraan.

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Pengurusan terhadap perumahan pegawai dan anggota UPP akan dipertingkatkan

dari semasa ke semasa dan aspek penyenggaraan, pembaikan dan pencegahan

akan sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

51.5.4.2. Kemudahan Dan Keperluan Logistik

a. Persenjataan

i. Peraturan Tetap Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bil. 1 menetapkan

bahawa setiap anggota UPP hendaklah dilengkapi dengan senjata api bertujuan

menjaga keselamatan semasa menjalankan tugas. Peraturan penggunaan dan

keselamatan senjata api perlu dipatuhi oleh setiap anggota selaras dengan

peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta Polis 1967 atau peraturan lain yang

berkaitan. UPP telah dibekalkan senjata api dari 2 sumber iaitu daripada Ibu

Pejabat UPP dan juga PDRM.

ii. Seksyen 3 Bahagian II Lesen-lesen Dan Permit Akta Senjata 1960 (Akta 206) &

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) menyatakan bahawa

seseorang tiada boleh memiliki, membawa atau menggunakan senjata tanpa

lesen atau permit senjata. Bagaimanapun, Seksyen 4 Bahagian yang sama

membolehkan seseorang mengemukakan permohonan untuk memiliki,

membawa atau mengguna senjata api dengan membuat permohonan kepada

Ketua Polis Negeri di mana pemohon tinggal. Semakan Audit terhadap rekod

berkaitan pemilikan lesen atau permit senjata api bagi pejabat UPP yang

dilawati mendapati masih ramai di antara pegawai dan anggota UPP (selain

daripada pegawai dan anggota PDRM) yang belum mempunyai lesen untuk

memiliki, membawa dan mengguna senjata api terutama senjata yang

dibeli/dibekalkan oleh Ibu Pejabat. Menyedari kepentingan setiap pegawai dan

anggota perlu dilengkapi senjata api, komander setiap negeri telah

mengemukakan permohonan memiliki lesen dan permit senjata api untuk

kelulusan pihak PDRM bagi tujuan keselamatan anggota semasa bertugas.

iii. Pemeriksaan Teknikal Dan Verifikasi Stok Tidak Dijalankan

Keselamatan senjata api perlu sentiasa diberi perhatian serius secara

berterusan bertujuan mengelak kejadian yang tidak diingini yang akan

melibatkan keselamatan senjata api. Bagi tujuan ini senjata api dalam pegangan

perlu dibuat pemeriksaan teknikal yang menyeluruh dan teliti. Verifikasi stok juga

hendaklah dibuat di semua peringkat stor persenjataan dengan mematuhi

Perintah Tetap Ketua Polis Negara C852. Semakan Audit di semua pejabat UPP

Kawasan yang dilawati mendapati Kementerian tidak pernah melakukan

pemeriksaan teknikal atau pemeriksaan verifikasi stok terhadap kesemua 239

unit senjata api yang dibeli. Pemeriksaan teknikal dan verifikasi stok terhadap

senjata api hanya melibatkan senjata yang dibekalkan oleh PDRM.

Pada pendapat Audit, pengurusan persenjataan adalah penting kerana melibatkan

keselamatan dan perlu dipertingkatkan lagi. Pemeriksaan teknikal dan verifikasi

stok hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan sedia ada.

833 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!