10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Kementerian Kewangan juga bersetuju untuk meluluskan bayaran perunding

mengikut Skala Yuran Piawai di mana yuran perunding yang dikenakan adalah

RM2.29 juta iaitu berdasarkan kos projek asal yang berjumlah RM100 juta. Semakan

Audit mendapati yuran perunding yang telah dibayar kepada Konsortium KMS

Ingineur-Bentara-RMR adalah berjumlah RM2.16 juta berdasarkan kepada nilai

kontrak asal berjumlah RM100 juta. Bagaimanapun, didapati perunding telah

membuat tuntutan bayaran terakhir berjumlah RM0.98 juta pada 21 Julai 2011

berdasarkan kepada nilai kontrak baru yang berjumlah RM140.96 juta (jumlah ini

setelah ditolak general items dan Wang Peruntukan Sementara daripada nilai

kontrak keseluruhan yang berjumlah RM150.23 juta).

c. Pada peringkat awal pelaksanaan projek, adalah didapati kontraktor menghadapi

masalah dengan lukisan reka bentuk yang disediakan oleh perunding. Semakan

Audit mendapati tiada lead consultant yang bertanggungjawab menyelaras dan

memastikan lukisan reka bentuk keseluruhannya adalah tepat dan teratur. Selain itu,

tiada perunding yang dilantik bagi kerja-kerja pengawasan. Sekiranya timbul

masalah reka bentuk di tapak, kontraktor akan memaklumkan pegawai penyelia

daripada JKR di mana JKR akan melaporkan kepada perunding. Proses ini adalah

tidak praktikal kerana mengambil masa untuk diselesaikan.

Pada pendapat Audit, pelantikan perunding adalah mengikut peraturan yang telah

ditetapkan. Bagaimanapun, perunding reka bentuk yang dilantik juga hendaklah

mempunyai pengalaman supaya masalah reka bentuk tidak timbul dan adalah

lebih baik sekiranya JKR melantik lead consultant dalam penyediaan reka bentuk

supaya tidak ada pertikaian sekiranya berlaku pertukaran dalam reka bentuk.

Selain itu, perunding yang sama juga hendaklah dilantik bagi tujuan pengawasan

di tapak bagi menyelesaikan sebarang masalah berkaitan reka bentuk.

Maklum Balas Kementerian Kerja Raya Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Tiada lead consultant dilantik dalam projek ini. Bagaimanapun, JKR telah

melantik seorang Project Director di bawah KMS Ingenieur yang berperanan

untuk mengetuai dan menyelaras keseluruhan proses reka bentuk jambatan

tersebut. Pihak pengurusan JKR juga telah memutuskan supaya kaedah

pelaksanaan pengawasan projek dilaksanakan oleh JKR. Oleh yang demikian,

JKR telah menubuhkan satu pasukan projek di bawah Cawangan Jalan, JKR

untuk mengawasi dan menyelia kerja pembinaan di tapak.

23.5.2.3. Dokumen Insurans Wang Jaminan Bayaran Pendahuluan Dan Bon

Pelaksanaan Tidak Sah

a. Wang pendahuluan dibayar kepada kontraktor yang memerlukan modal untuk

melaksanakan kerja-kerja awalan. Mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5

Tahun 2007, jumlah yang boleh dipohon daripada Kerajaan bagi kontrak kerja ialah

25 peratus daripada nilai kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang

lebih rendah. Bagaimanapun, Kementerian Kewangan pada bulan Jun 2007 telah

bersetuju meluluskan permohonan bayaran pendahuluan kepada syarikat

Konsortium I.S. Resources Sdn. Bhd. - Ris Capital (M) Sdn. Bhd. sejumlah

RM15 juta. Pihak Kontraktor telah mengemukakan jaminan insurans yang telah

dikeluarkan oleh RHB Insurance Berhad Cawangan Kota Bharu, Kelantan.

b. Perjanjian kontrak yang ditandatangani pada 23 Oktober 2007 menetapkan bahawa

kontraktor perlu mengemukakan Bon Pelaksanaan berjumlah RM7.15 juta iaitu

5% daripada harga kontrak. Kontraktor telah mengemukakan Bon Pelaksanaan

338 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!