10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

67.5.3.6. Pengurusan Syarikat Subsidiari

a. Pinjaman Oleh Syarikat Subsidiari

UHB turut memberi pinjaman kepada syarikat subsidiari bagi membiayai projek

pembangunan yang dijalankan di seluruh negara. Peraturan Kewangan terma dan

syarat had kuasa melulus yang ditetapkan oleh UHB menghendaki semua faedah

dikenakan oleh UHB akan ditanggung oleh syarikat yang meminjam. Semakan Audit

mendapati 3 daripada 6 syarikat subsidiari yang menerima pendahuluan pinjaman

daripada UHB masih mempunyai baki tertunggak sehingga 31 Disember 2011.

Syarikat subsidiari tersebut adalah Dermuda Sdn. Bhd. berjumlah RM0.61 juta, UDA

Land (East) Sdn. Bhd. RM0.76 juta dan Tropical Island Resort Sdn. Bhd. (TIRSB)

RM7.65 juta.

Maklum Balas UDA Holdings Berhad Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Semua pinjaman yang dibuat oleh syarikat subsidiari dikenakan faedah selaras

dengan Piawaian Laporan Kewangan (FRS). Bagaimanapun, pinjaman yang dibuat

sebelum tahun 2011 tidak dikenakan faedah.

b. Pembayaran Dividen Oleh Syarikat Subsidiari

i. UHB mempunyai 28 subsidiari milik penuh dan 5 milikan subsidiarinya pula

melebihi 50% di mana 22 daripadanya adalah aktif, manakala 11 lagi berstatus

dorman. Selain itu, UHB juga mempunyai 7 sub-subsidiari di mana 1

daripadanya adalah dorman. Keuntungan bersih semasa secara keseluruhan

bagi subsidiari pada tahun 2010 adalah berjumlah RM14.10 juta meningkat

14.2% berbanding tahun 2009 yang mencatat keuntungan bersih secara

keseluruhan berjumlah RM12.30 juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah

keuntungan bersih semasa secara keseluruhan adalah jauh lebih rendah iaitu

berjumlah RM7.80 juta. Pada tahun 2010, sebanyak 16 (48.5%) subsidiari

mengalami kerugian bersih semasa berjumlah RM2.70 juta. Analisis terhadap

kedudukan kewangan keseluruhan sub-subsidiari pula menunjukkan

keuntungan bersih semasa pada tahun 2010 adalah berjumlah RM63.40 juta

meningkat 142.5% berbanding tahun 2009 yang mencatat keuntungan

RM26.20 juta. Selain itu, 3 (42.9%) daripada 7 sub-subsidiari mengalami

kerugian semasa.

ii Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa semua

Kumpulan Syarikat yang mempunyai keuntungan pada sesuatu tahun perlu

mengemukakan cadangan pembayaran dividen kepada Kementerian Kewangan

dan juga memastikan syarikat subsidiari membayar dividen kepada syarikat

induk. Sekiranya tidak berbuat demikian, alasan yang munasabah perlu

dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Bagaimanapun, adalah didapati

sebanyak 10, 10 dan 16 syarikat subsidiari yang mencatat keuntungan pada

tahun 2008, 2009 dan 2010 masing-masingnya tidak membuat bayaran dividen

kepada UHB bagi 3 tahun berkenaan. Manakala 2 sub-subsidiari yang mencatat

keuntungan sama ada pada tahun 2009 atau 2010 juga tidak membuat bayaran

dividen kepada subsidiari UHB yang berkenaan.

Maklum Balas UDA Holdings Berhad Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

UHB akan memastikan syarikat subsidiari dan sub-subsidiari yang mempunyai

keuntungan dan aliran tunai yang kukuh membuat bayaran dividen kepada

syarikat induk. Bagaimanapun, bayaran dividen bergantung kepada kedudukan

aliran tunai syarikat tersebut.

1033

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!