10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

20.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan operasi empangan JPS telah

dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang

ditetapkan.

20.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap

pengurusan operasi empangan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Pengauditan telah

dijalankan di pejabat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kementerian); Ibu Pejabat

JPS; Pejabat Rancangan Pembangunan Sumber Air (Beris) Kedah; JPS Negeri Johor; dan

Pejabat JPS Daerah Batu Pahat dan Kluang. Pemilihan empangan untuk lawatan fizikal adalah

berdasarkan tahap bencana, fungsi dan usia empangan seperti di Empangan Bekok, Macap,

Sembrong, Johor; dan Empangan Beris, Kedah.

20.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail berkaitan projek; lawatan

fizikal ke Pejabat Tapak Empangan; serta temu bual dengan pegawai dan penduduk sekitar

lokasi empangan juga diadakan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pengurusan operasi

empangan.

20.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati secara

keseluruhan pengurusan operasi empangan berada pada tahap memuaskan di mana

pemantauan dan kerja penyenggaraan kecil telah dilaksanakan; penghantaran data

instrumentasi dan Laporan Pemeriksaan Keselamatan Berkala telah dilaksanakan mengikut

tempoh. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian dan

diambil tindakan untuk penambahbaikan. Antara kelemahan yang ditemui dari aspek

pengendalian operasi empangan, pengurusan penyenggaraan dan pemantauan adalah seperti

berikut:

i. kelewatan mengambil tindakan pengemaskinian Manual Operasi dan Penyenggaraan

(Manual);

ii. ketiadaan Standard Operating Procedure (SOP) bagi pengendalian peralatan/komponen

hidraulik;

iii. dokumen Emergency Action Plan (EAP) yang disediakan tidak menyeluruh dan latihan

kecemasan belum pernah dilaksanakan;

iv. permukaan kolam takungan dan pintu air empangan tidak disenggarakan dan

penyenggaraan rutin tidak dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan;

v. instrumentasi di empangan tidak dapat dikesan;

vi. 46.4% instrumentasi di empangan yang dilawati mengalami kerosakan dan tidak dibaiki;

vii. kawasan kolam dan kawasan takungan telah dicerobohi;

viii. kerja pemantauan keladak tidak pernah dilaksanakan sejak tahun 2000;

ix. pewartaan dan penukaran hak milik tanah rizab yang diambil alih belum dibuat

sepenuhnya; dan

x. tiada satu badan kawal selia empangan untuk memantau dan mengawal pengurusan

operasi semua empangan.

268 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!