10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

2.13 m

GAMBAR 27.10 GAMBAR 27.11

BRV 26, Jambatan Berdekatan

Kawasan Air Kuning

- Ukuran Dari Dasar Sungai Ke Paras

Bawah Gelegar Jambatan Hanya

2.13 Meter Semasa Pembinaan

(Sumber: JPS Daerah Tampin - 29.07.2010)

BRV 26, Jambatan Berdekatan

Kawasan Air Kuning

- Air Banjir Mencapai Paras

Bawah Soffit Jambatan

(Sumber: JPS N.S./KLIACS - 01.07.2010)

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Kekurangan ketinggian ini disebabkan oleh kelodakan (siltation) akibat terdapat

banyak aktiviti perlombongan pasir di sepanjang anak Sungai Gemencheh dan

Sungai Nyalas.

IRCON juga memaklumkan, reka bentuk jambatan adalah berdasarkan reka

bentuk hidraulik dan hidrologi dalam panduan yang ditetapkan oleh JPS dengan

mengambil kira peak discharge untuk Annual Recurrence Interval (ARI) 100

tahun. Kerja pembinaan jambatan sungai disiapkan berdasarkan keratan

hidraulik lebih besar daripada jambatan lama.

Maklum Balas JPS Negeri Sembilan Yang Diterima Pada 26 Jun 2012

Juruukur Berlesen telah dilantik untuk menjalankan kerja ukur ‘as built’ di BRV

26 pada 5 Jun 2012. Pihak JPS menjelaskan terdapat perbezaan sebanyak 0.78

meter di mana soffit level yang direka bentuk oleh KL Consult Associates Sdn.

Bhd. ialah +46.55 meter berbanding yang diukur ialah +45.77 meter. JPS Negeri

Sembilan mencadangkan supaya keratan rentas sungai di bawah jambatan

didalamkan supaya aliran sungai lebih lancar.

Pada pendapat Audit, pembinaan jambatan sungai BRV 26 adalah tidak

mengikut spesifikasi jambatan yang diluluskan oleh JPS Negeri Sembilan.

Ketidakpatuhan spesifikasi ini merupakan antara punca berlakunya banjir

kilat di Taman Semarak 2 dan Kg. Parit Buloh, Air Kuning, Negeri Sembilan

pada bulan Jun dan Julai 2010.

b. Perlindungan Terhadap Cerun Jambatan Sungai Di Stesen Sg. Gadut

Mengikut Laporan Hidrologi dan Reka Bentuk Hidraulik untuk jambatan sungai

(BRV 01) Stesen Sg. Gadut yang disediakan pada bulan Februari 2008 oleh KL

Consult Associates Sdn. Bhd., halaju aliran air melalui jambatan diperiksa untuk

memastikan ia kekal di bawah had halaju yang boleh membawa masalah kerokan,

iaitu hakisan oleh air mengalir yang mengakibatkan lubang di tebing/dasar sungai.

Jika ia melebihi had halaju, perlindungan menggunakan rip-rap geotextiles

hendaklah disediakan di cerun sungai dan penampan landas (gabion) jambatan. Di

samping itu, berdasarkan syarat kelulusan JPS pada 4 Julai 2008, setiap kawasan

tanah atau cerun tebing yang terdedah hendaklah ditanam dengan rumput secara

rapat (close turfing) untuk mengelakkan hakisan. Semakan Audit terhadap

perlindungan di cerun sungai di BRV 01 mendapati perkara berikut:

403 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!