10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

iii. permohonan pajakan tanah bagi pembinaan bangunan TMC telah ditolak oleh JKPTG

kerana tanah tersebut telah dipajak kepada Technology Park Malaysia (TPM). Ini

menyebabkan DBKL terpaksa membayar pajakan kecil berjumlah RM8.49 juta kepada

TPM untuk tempoh pajakan selama 30 tahun dan kehilangan hak pemilikan bangunan

TMC yang bernilai RM36.87 juta;

iv. sebanyak 10 daripada 18 perkakasan komputer di workstation bagi operasi aplikasi ITIS

mengalami kerosakan. Ini boleh menjejaskan keseluruhan operasi ITIS sekiranya

tindakan segera tidak diambil untuk mengatasinya; dan

v. pihak Audit juga tidak dapat menentukan sejauh mana keberkesanan pelaksanaan

projek ini yang secara keseluruhannya berjumlah RM365.74 juta telah mencapai objektif

yang ditetapkan memandangkan pihak DBKL belum pernah menjalankan analisis kos

faedah sebelum dan selepas pembangunan Projek ITIS.

Maklumat lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas DBKL adalah seperti di

perenggan berikut:

32.5.1. Prestasi Projek

32.5.1.1. Pencapaian Fizikal

a. Mengikut syarat kontrak, tarikh Projek ITIS dimulakan adalah pada 1 Ogos 2002 dan

tarikh siap asal projek adalah pada 31 Mac 2005. Bagaimanapun, semakan Audit

mendapati projek hanya disiapkan pada 31 Disember 2005 iaitu setelah satu

lanjutan masa selama 9 bulan (1 April 2005 hingga 31 Disember 2005) diluluskan.

Projek ini telah diserahkan secara rasmi kepada DBKL pada 1 Januari 2006. Antara

sebab lanjutan masa diluluskan oleh DBKL adalah kerja-kerja pengujian dan

pentauliahan peralatan luar ITIS tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang

ditetapkan. Semakan Audit selanjutnya mendapati peralatan bernilai RM192.32 juta

telah dibekalkan sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat kontrak. Butiran lanjut

adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 32.2

PERALATAN LUAR ITIS YANG DIBEKALKAN

BIL. DIBEKALKAN

PERALATAN

(Unit)

Closed Circuit Television (CCTV) 255

Automatic Incident Detection (AID) 728

NILAI

(RM Juta)

69.30

Variable Message Signs (VMS) 140 67.35

Communication Cabinet (CC) 89 44.30

Automatic Vehicle Location System (AVLS) 1,600 11.37

JUMLAH 2,812 192.32

b. Jabatan Pengangkutan Bandar, DBKL telah menetapkan Piagam Pelanggan

mengenai tempoh masa untuk menghebahkan maklumat perubahan lalu lintas

melalui ITIS iaitu sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum sesuatu acara atau

kerja terancang dijalankan. Berdasarkan Laporan Pencapaian Paparan Variable

Message Signs (VMS) bagi tempoh tahun 2009 hingga bulan April 2011, adalah

didapati secara umumnya kesemua 80 paparan acara telah dibuat mengikut tempoh

yang ditetapkan.

c. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, pihak DBKL telah menerima sebanyak

51,432 panggilan melalui Call Centre untuk mendapatkan maklumat trafik serta

membuat aduan berhubung kerosakan peralatan. Adalah didapati kebanyakan

486 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!