10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

berkenaan KPI zero defects. Kesemua 3 arahan di atas telah menetapkan tempoh

masa pengeluaran Surat Notifikasi Awal ialah 3 hari daripada tarikh PP&PP dan

Perintah Penggulungan.

2.5.5. Lawat Periksa Ke Premis Tidak Dijalankan

2.5.5.1. Proses kerja/carta aliran MdI menetapkan lawat periksa ke premis perlu

dilakukan untuk menentukan sama ada syarikat tersebut masih lagi beroperasi serta

mengenal pasti sama ada syarikat mempunyai aset. Semakan Audit yang dijalankan

terhadap 92 fail kes penggulungan syarikat mendapati 70 (76.1%) kes tidak dijalankan

lawat periksa ke premis syarikat. Oleh itu, pihak MdI tidak dapat mengesahkan sama

ada syarikat tersebut masih beroperasi dan mengenal pasti aset yang terdapat di

premis. Bagi 22 kes yang telah dibuat lawatan pula, adalah didapati 15 (68.2%)

daripadanya dilaksanakan antara 21 hingga 888 hari daripada tarikh Perintah

Penggulungan. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 2.5

STATUS LAWAT PERIKSA KE PREMIS

KES YANG

LAWAT PERIKSA KE PREMIS

PEJABAT NEGERI/CAWANGAN DILAKUKAN LAWAT

PERIKSA KE PREMIS BIL. KES

TEMPOH

(Hari)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - - -

Selangor 4 3 327 - 888

Johor 1 1 21

Pulau Pinang 5 3 58 - 756

Sabah 5 2 44 - 46

Melaka 2 2 55 - 289

Taiping 5 4 198 - 809

JUMLAH 22 15 21 - 888

Nota: (*) Tempoh Diambil Kira Pada Hari Ke 14 Dari Tarikh PP&PP/Perintah Penggulungan Diterima

Pada pendapat Audit, lawat periksa ke premis perlu dilaksanakan dengan segera

supaya pihak MdI dapat mengesahkan sama ada syarikat masih beroperasi dan

mempunyai aset sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Maklum Balas Jabatan Insolvensi Malaysia Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Punca lawat periksa ke premis lewat/tidak dilaksanakan adalah kerana

kekurangan kakitangan, tiada salinan Perintah Penggulungan bermeterai,

kekangan pengangkutan dan maklumat/alamat daripada SSM lewat/tidak

diperoleh/tidak tepat. Oleh itu, bagi mengelakkan kelewatan lawat periksa ke

premis dan untuk memastikan aset serta maklumat syarikat dapat diperoleh

dengan segera, tempoh 30 hari daripada tarikh Perintah Penggulungan ditetapkan

oleh MdI untuk lawat periksa dijalankan. Lawat periksa hanya boleh diadakan

dalam tempoh kurang daripada 30 hari :

(a) bagi cawangan kecil yang tidak mempunyai banyak kes penggulungan

syarikat;

(b) jumlah tenaga kerja mencukupi;

(c) bekas pengarah memberi kerjasama membuat pendedahan aset syarikat;

dan

(d) mempunyai kemudahan pengangkutan mencukupi.

9 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!