10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

5.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan pinjaman perumahan

dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

5.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan

pinjaman perumahan bagi tempoh tahun 2007 hingga 2011 di Bahagian Pinjaman Perumahan,

Perbendaharaan Malaysia. Pengurusan pinjaman perumahan meliputi proses permohonan,

pembiayaan pinjaman, bayaran balik pinjaman, tunggakan pinjaman, gadaian/cagaran,

pensekuritian pinjaman, pelepasan hak milik dan pengurusan rekod/dokumen. Data sebelum

tahun 2007 juga digunakan untuk tujuan analisis di mana perlu. Selain itu, laporan yang

digunakan untuk tujuan analisis adalah berdasarkan laporan terkini yang dijana ketika tarikh

pengauditan.

5.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen dan fail berkaitan pinjaman

perumahan; menjalankan analisis terhadap sampel maklumat dan data Sistem Pemprosesan

Pinjaman (SPP) serta Sistem Kemaskini Akaun (SISKA) dengan menggunakan perisian Audit

Command Language (ACL); dan temubual dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk

mendapat maklum balas berkenaan pengurusan pinjaman perumahan.

5.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2011 mendapati BPP telah

berjaya merealisasikan hasrat Kerajaan untuk membantu anggota sektor awam memiliki rumah

sendiri. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan pinjaman perumahan

yang perlu diperbaiki seperti berikut:

i. maklumat bilangan peminjam dan baki pinjaman belum selesai tidak dapat disahkan;

ii. ketidakpatuhan syarat pinjaman;

iii. kelewatan bayaran kepada pemaju/pemegang taruhan;

iv. tunggakan bayaran balik pinjaman; dan

v. kelewatan mengambil tindakan terhadap peminjam mungkir dan permasalahan dalam

pelepasan dokumen hak milik.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas pihak terlibat adalah seperti

di perenggan berikut:

5.5.1. Prestasi Pinjaman

5.5.1.1. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2011, BPP telah menerima 225,653

permohonan pinjaman perumahan. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 211,131

permohonan dengan jumlah pembiayaan RM32.383 bilion telah diluluskan manakala

16,030 permohonan ditolak kerana peminjam tidak memenuhi kelayakan yang

ditetapkan. Selain itu, 122,956 permohonan telah dikuiri disebabkan borang permohonan

tidak lengkap atau wang proses terkurang bayar. Butirannya adalah seperti di jadual

berikut:

52 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!