10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Garis Panduan berkenaan penyelenggaraan rekod kuarters dan aset telah

disediakan dan diedarkan kepada JPN/PPD serta mengambil tindakan mendaftar

aset dan kelengkapan sebelum mengenal pasti aset yang perlu dilupuskan.

34.5.3. Pemantauan

34.5.3.1. Unit Pengurusan Hartanah, Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

(BPPA) telah dipertanggungjawabkan untuk memantau pengurusan kuarters

Kementerian. BPPA juga dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan dan mengawal

pangkalan data berkaitan unit kuarters yang ada serta menyelaras pengisian,

penyenggaraan dan mengangkat cadangan ditukar guna bagi kegunaan lain atau

disewakan kepada agensi lain mengikut keperluan kuarters di semua peringkat. Di

peringkat negeri, pengurusan dan penyenggaraan kuarters Kementerian telah diurus

dan diselia oleh JPN/PPD/Institusi/sekolah masing-masing. Pihak JPN/PPD/sekolah juga

bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara rekod kewangan dengan tepat dan

kemas kini; memohon peruntukan kepada Kementerian dan bagi JPN mengagihkan

peruntukan dengan mengeluarkan sub waran peruntukan kepada PPD/sekolah;

menguruskan proses memantau dan penyenggaraan kuarters. Selain itu, bagi

PPD/Institusi/sekolah mereka juga menguruskan aduan kerosakan dan menyimpan

rekod/dokumen penyenggaraan yang dilakukan dengan lengkap dan kemas kini.

34.5.3.2. Semakan Audit mendapati aspek pemantauan terhadap pengurusan dan

penyenggaraan kuarters masih belum diberi perhatian sewajarnya di peringkat

Kementerian/JPN/PPD/IPG/sekolah. Ini disebabkan pihak Kementerian belum

mempunyai data yang lengkap berkenaan bilangan sebenar unit kuarters yang

dimilikinya; berlaku penukaran status kuarters tanpa kelulusan Kementerian; banyak

kuarters tidak disenggarakan dan disalahgunakan; prosedur pengisian dan pengosongan

tidak seragam dan teratur; tindakan tidak diambil terhadap penghuni yang melanggar

peraturan mendiami kuarters; jawatankuasa penghuni tidak diwujudkan/tidak aktif dan

rekod/daftar penghuni/ kuarters tidak disediakan dengan kemas kini.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kementerian telah menstruktur semula pengurusan kuarters Kementerian pada

bulan November 2011. Pihaknya juga akan bekerjasama dengan JKR memeriksa

keadaan kuarters bagi menentukan sama ada kuarters sedia ada selamat atau

ekonomik untuk dibaiki bagi tujuan pengeluaran surat pengesyoran roboh/hapus

kira.

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap pengurusan dan penyenggaraan kuarters

Kementerian masih kurang memuaskan. Pihak Kementerian perlu memperkemas dan

mempertingkatkan lagi aspek pemantauan di semua peringkat supaya pengurusan

dan penyenggaraan kuarters Kementerian dapat diuruskan dengan lebih cekap dan

teratur serta memberi kepuasan kepada penghuni.

34.5.4. Analisis Maklum Balas Penghuni

Sebanyak 190 borang soal selidik telah diedarkan kepada penghuni kuarters semasa

lawatan Audit bagi mengukur tahap kepuasan mereka terhadap pengurusan kuarters oleh

pihak Kementerian. Kesemua borang soal selidik telah diterima dan analisis terhadap

maklum balas dari responden terlibat mendapati:

548 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!