10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KOMPONEN

JADUAL 69.20

KOMPONEN PROJEK

1076

KOS

(RM)

Kerja Awalan 337,358

Persiaran Kuala Selangor 3,862,500

Taman Kanagapuram 413,100

Taman Medan 915,400

Peruntukan Sementara 140,000

JUMLAH 5,668,358

Kerja Baik Pulih Paip Pembetungan Di Jalan SS15/8, SS13, Subang

Jaya Dan Jalan TP5, Taman Perindustrian UEP Subang Jaya, Selangor

LOI bagi kerja naik taraf ini telah dikeluarkan kepada Mamfor Construction

Sdn. Bhd. pada 17 September 2009 dengan harga RM2.41 juta. Kontrak

ditandatangani pada 22 Mac 2010 dan tempoh kontrak adalah selama 12

bulan bermula dari 2 November 2009 hingga 1 November 2010. Sijil

Lanjutan Masa (EOT) telah diluluskan sehingga 7 Januari 2011. Setakat

bulan Disember 2011, projek ini masih tertangguh dengan kemajuan kerja

keseluruhan 35% walaupun projek sepatutnya telah siap. Antara sebab

projek ini tertangguh adalah kerana percanggahan antara bill of quantity

dengan dokumen kontrak, kelewatan mendapatkan permit dari Lembaga

Lebuhraya Malaysia bagi melintasi lebuh raya KESAS dan NPE, lurang

pembetungan sedia ada runtuh, paip kumbahan sedia ada tidak dapat

dikesan, dan kontraktor lewat menerima mesin yang ditempah.

Maklum Balas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Pada masa akan datang IWK akan menjalankan kajian terperinci termasuk

menjalankan kerja penyiasatan kedudukan utiliti sedia ada, kajian tanah dan

sebagainya sebelum tender dipanggil.

Pada pendapat Audit, masalah sebegini boleh dielakkan sekiranya satu

kajian terperinci mengenai tapak, laluan paip pembetungan, keadaan

paip dan lurang pembetungan sedia ada dijalankan sebelum projek di

tender. Tanpa kajian awal yang teliti, kos projek meningkat dan

mungkin tidak dapat diteruskan. Akibatnya, objektif projek untuk

mengatasi masalah paip pembetungan yang kerap tersumbat dan

melimpah tidak tercapai.

ii. CPC Dikeluarkan Bagi Projek Yang Mana Komponen Utamanya Gagal

Dalam Pengujian Dan Pentauliahan

Klausa 39, Syarat-syarat Kontrak menetapkan Perakuan Siap Kerja (CPC)

hendaklah dikeluarkan apabila kerja telah siap secara praktikal seperti

peruntukan dalam kontrak. Namun begitu, CPC hanya boleh dikeluarkan

sekiranya sesuatu projek itu lulus peringkat pengujian dan pentauliahan serta ia

boleh memberi manfaat sepenuhnya kepada pemilik projek. Semakan Audit

terhadap projek Proposed Construction And Completion Of Reinforced Concrete

Partion Wall and Mechanical & Electrical Works At Sewage Treatment Plant

(HLT217) di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor mendapati CPC bagi

projek ini telah dikeluarkan kepada Kejuruteraan Aditeknik (M) Sdn. Bhd. pada

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!