10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

kepada JKPTG bagi kes pencerobohan yang berlaku supaya tindakan susulan

sewajarnya dapat dibuat dengan segera;

ii. meningkatkan penguatkuasaan di peringkat JKPTG dan Pentadbir Tanah dengan

sokongan dan bantuan daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi pengguna;

iii. memastikan perjanjian penyewaan ditandatangani bagi semua tanah yang disewakan

dan memastikan maklumat bayaran/Akaun Subsidiari Penyewa diselenggarakan dengan

teratur. JKPTG juga perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyewa yang

melanggar syarat perjanjian; dan

iv. rekod tanah Persekutuan perlu diselaraskan di antara JKPTG, Kementerian dan Jabatan

agar pemantauan dan kawalan serta penguatkuasaan terhadap tanah Persekutuan

dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Polis DiRaja Malaysia

52. Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah

a. Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah merupakan pangkalan yang paling strategik

dalam menguatkuasakan undang-undang maritim serta mengawasi dan menjaga

keselamatan perairan negara daripada ancaman dan serangan pihak luar terutamanya di

kawasan „Ops Pasir‟ pantai timur Sabah. Projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad

Datu, Sabah telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

untuk dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (Kementerian) bagi kegunaan Pasukan

Polis Marin, Polis DiRaja Malaysia dalam RMKe-8. Projek ini dibahagikan kepada 2 fasa iaitu

kerja penambakan tanah (Fasa I) dan kerja pembinaan bangunan (Fasa II). Nilai kontrak

bagi Fasa I berjumlah RM21.96 juta manakala bagi Fasa II berjumlah RM68.80 juta. Projek

telah disiapkan pada 31 Januari 2011 dan diduduki mulai bulan April 2011. Pengauditan

yang dijalankan mendapati pelaksanaan projek Pembinaan Pangkalan Polis Marin Lahad

Datu, Sabah adalah memuaskan di mana ia telah dapat disiapkan dan berjaya mencapai

objektif pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan seperti berikut:

i. projek mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada tempoh

projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh

sebenar pemilikan tapak;

ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa

selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah

diluluskan (Fasa II);

iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang

tidak memuaskan/tidak siap; dan

iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan

bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

b. Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan dan juga memastikan perkara yang sama

tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang lain, pihak Audit mengesyorkan pihak yang

terlibat melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Kementerian/Kementerian Kewangan perlu mengambil tindakan segera terhadap

permasalahan yang wujud di peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Ini

bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan objektifnya dapat

direalisasikan mengikut perancangan. Ia juga bagi memastikan Kontraktor tidak terjejas

dengan sebarang keputusan yang tertangguh oleh pihak Kerajaan yang memberi kesan

kepada pematuhan Kontraktor terhadap jadual pelaksanaan projek yang ditetapkan;

lv RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!