10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

GAMBAR 44.46 GAMBAR 44.47

ADTEC Kemaman, Terengganu

- Antara Kejadian Runtuhan Cerun Yang Belum Diambil Tindakan Sehingga Tarikh Lawatan Audit

(11.07.2011)

Maklum Balas Kementerian Sumber Manusia Yang Diterima Pada 22 Mei 2012

Pihak kontraktor didapati telah gagal memenuhi obligasi melaksanakan kerjakerja

pembaikan cerun yang runtuh sebagaimana dalam Letter of Undertaking

yang dikeluarkan pada 5 Januari 2012. Sehubungan itu, Kementerian telah

mengeluarkan Surat Setuju Terima bertarikh 3 Mei 2012 berhubung kerja-kerja

tersebut kepada Syarikat Fastforward Enterprise pada harga perolehan Sebut

Harga sebanyak RM399,120. Tempoh penyiapan kerja-kerja pemulihan cerun

tersebut adalah selama 12 minggu.

44.6. SYOR AUDIT

Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan, adalah disyorkan supaya Kementerian/JTM

mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:

44.6.1. Mempercepatkan proses perolehan peralatan pembelajaran bagi memastikan

kemasukan pelajar dapat dibuat mengikut perancangan asal serta keupayaan dan kapasiti

bangunan dapat diuji bersama-sama dengan peralatan pembelajaran sebelum berakhirnya

Tempoh Tanggungan Kecacatan. Bagaimanapun, Kementerian juga bertanggungjawab

untuk memastikan proses perolehan peralatan pembelajaran dibuat dengan teratur bagi

mengelakkan Kerajaan mengalami kerugian.

44.6.2. Memperbaiki kerosakan dan kecacatan dengan segera bagi memastikan keselesaan

pengguna.

44.6.3. Bagi projek lain yang dilaksanakan di masa hadapan, Kementerian/JTM disyorkan

melaksanakan perkara berikut:

44.6.3.1. Memastikan kerja pembinaan yang dilaksanakan siap dalam tempoh yang

ditetapkan dan menilai semula keupayaan kontraktor dalam melaksanakan projek

tersebut bagi mengelakkan kerugian kepada Kerajaan dan mencapai objektif yang

ditetapkan.

44.6.3.2. Memantau dan memberikan pengawasan yang lebih rapi terhadap kerja-kerja

yang dilaksanakan oleh kontraktor serta perunding bagi memastikan projek dilaksanakan

mengikut spesifikasi dan berkualiti.

44.6.4. Kementerian/JKR hendaklah menyenaraihitamkan kontraktor/konsultan yang gagal

melaksanakan kerja pembinaan mengikut syarat kontrak.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 358-367

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

723 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!