10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

ii. mengkaji keperluan melaksanakan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

bagi memastikan subsidi beras kepada orang miskin dapat disalurkan dengan cara yang

lebih berkesan;

iii. mengambil tindakan segera untuk memeterai perjanjian dengan BERNAS dan juga

pemborong. Kementerian juga perlu menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan

tindakan yang boleh diambil ke atas pemborong yang melanggar perjanjian; dan

iv. menyediakan garis panduan yang jelas dan komprehensif bagi memastikan pelaksanaan

program mencapai objektif yang ditetapkan.

15. Pengurusan Pembangunan Industri Rumpai Laut

a. Industri rumpai laut di Malaysia telah bermula di Negeri Sabah semenjak tahun 1978 dan

pada masa kini projek rumpai laut banyak diusahakan di daerah Semporna, Kunak, Lahad

Datu, Banggi, Kudat dan Tawau. Kawasan ini mempunyai kelebihan dari segi kesesuaian air

laut untuk pengkulturan rumpai laut. Industri rumpai laut tersenarai dalam Entry Point Project

(EPP) 3 di bawah National Key Economic Area (NKEA) iaitu untuk mendatangkan

keuntungan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberi penekanan

kepada pemodenan, pengeluaran berskala besar dan penambahan hasil melalui teknologi

baru serta kaedah yang lebih cekap. Objektif Pembangunan Industri Rumpai Laut adalah

untuk menghasilkan rumpai laut bagi industri huluan dan hiliran yang diterajui oleh sektor

swasta; mengurangkan kebergantungan import; dan peningkatan jaminan kualiti serta

pengawalan harga rumpai laut. Di bawah RMKe-9, Kerajaan telah meluluskan sejumlah

RM7.20 juta untuk melaksanakan projek pembangunan industri rumpai laut yang melibatkan

kos pembelian peralatan, menaik taraf dan pembinaan pelantar. Manakala di bawah RMKe-

10 pula, sejumlah RM46.07 juta diluluskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)

untuk pembangunan mini estet, program penyelidikan, pembinaan kilang perintis dan

peruntukan operasi. Pengauditan yang dijalankan mendapati secara umumnya sasaran yang

ditetapkan oleh Jabatan/NKEA dalam meningkatkan pengeluaran rumpai laut kering bagi

tempoh tahun 2009 hingga 2011 telah dicapai. Bagaimanapun di bawah NKEA, projek mini

estate masih belum dibangunkan sepenuhnya. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan

dalam pelaksanaan pengurusan industri rumpai laut seperti berikut:

i. sebahagian besar peruntukan untuk membangunkan aktiviti rumpai laut masih belum

dibelanjakan;

ii. pembinaan pelantar pengeringan/pemprosesan rumpai laut yang kurang memuaskan;

dan

iii. peralatan yang telah dibekalkan masih belum digunakan/rosak.

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya pihak Kementerian/Jabatan mempertimbangkan tindakan

seperti berikut:

i. memastikan status pelaksanaan oleh agensi pelaksana dipertingkatkan agar

output/outcome dapat dicapai seperti yang ditetapkan;

ii. bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual, setiap projek yang

dilaksanakan hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira keperluan

pengguna;

iii. memastikan kontraktor membaiki sebarang kerosakan/kecacatan dengan segera;

iv. mengagihkan baki bot/sampan kepada pengusaha dengan secepat mungkin bagi

mengelakkan pembaziran; dan

v. melaksanakan kajian penilaian impak bagi memastikan outcome dapat dicapai secara

lebih mapan.

xxiv RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!