10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

iv. melantik kontraktor melalui pembidaan kompetitif bagi projek akan datang supaya

Kerajaan mendapat value for money serta memastikan klausa kontrak menjamin

kepentingan Kerajaan; dan

v. mengarahkan MGJV dan KSET melakukan pemantauan secara berterusan serta

memperbaiki setiap kerja yang tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti.

26. Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Seremban Ke Gemas

a. Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Seremban Ke Gemas (Projek Seremban-

Gemas) melibatkan peningkatan taraf infrastruktur dan kemudahan perkeretapian di antara

Seremban ke Gemas. Projek ini dilaksanakan oleh IRCON International Limited, India

(IRCON) yang dilantik melalui kaedah rundingan terus dan dilaksanakan secara reka dan

bina dengan kontrak bernilai RM3.450 bilion. Projek ini mempunyai 2 tarikh siap kerja iaitu

17 Julai 2010 bagi Seksyen Seremban-Sg. Gadut dan 17 Januari 2012 bagi Seksyen

Sg. Gadut-Gemas. KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd. (KLIACS) telah dilantik sebagai

Perunding Pengurusan Projek pada 22 Januari 2009 dengan kos RM71.49 juta. Pengauditan

yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pelaksanaan Projek Seremban-Gemas

adalah memuaskan. Prestasi fizikal keseluruhan projek adalah mengikut jadual setelah

mengambil kira 3 lanjutan masa yang diluluskan. Di samping itu, Seksyen

Seremban-Sg. Gadut telah disiapkan dengan lanjutan masa selama 10 bulan dan mula

beroperasi pada 1 Mei 2011. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam

pelaksanaan projek seperti berikut:

i. lanjutan masa projek telah mengakibatkan time overrun selama 18 bulan;

ii. berlaku kelewatan dalam proses pengambilan tanah dan pemindahan setinggan;

iii. klausa kontrak berhubung pengurangan kadar Liquidated And Ascertained Damages

dan penetapan had maksimum tanggungan liabiliti tidak menjaga kepentingan Kerajaan;

iv. kelewatan IRCON menyelesaikan Non-Conformance Reports (NCR) yang dikeluarkan

oleh KLIACS;

v. ketidakpatuhan kepada syarat kelulusan Environmental Impact Assessment; dan

vi. kerja pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi/reka bentuk yang kurang sesuai telah

mengakibatkan banjir kilat.

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan

terhadap perkara seperti berikut:

i. memastikan proses pengambilan tanah dan pemindahan setinggan diberi penekanan

terutama semasa dalam fasa perancangan projek Kementerian akan datang supaya

Kerajaan tidak perlu menanggung kos tambahan akibat daripada kelulusan lanjutan

masa. Sehubungan itu, norma masa untuk proses penyelesaian pengambilan tanah dan

pemindahan setinggan hendaklah ditetapkan dalam tempoh yang munasabah dan

praktikal;

ii. memastikan syarat kontrak pembinaan pada masa depan tidak mempunyai syarat

pengurangan liquidated and ascertained damages (LAD) kecuali kontrak membenarkan

Kerajaan mengambil alih sebahagian daripada projek melalui Sijil Perakuan Pendudukan

Separa;

iii. memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat IRCON supaya

melaksanakan tindakan pembaikan terhadap masalah/kecacatan setiap NCR dalam

tempoh yang ditetapkan. Ini bagi memastikan kerja pembinaan berkualiti dan mengikut

spesifikasi yang ditetapkan serta memastikan IRCON mematuhi syarat kelulusan EIA;

dan

xxxiv RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!