10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

yang dinyatakan dalam invois. Bagaimanapun, pihak Audit menghadapi

kesukaran mengesahkan jenis peralatan sebenar yang dibekalkan dan tarikh

penerimaannya kerana Nota Penghantaran tidak disediakan oleh pembekal.

Kesannya, hanya 160 daripada 208 takungan herbaponik yang dibekalkan telah

digunakan. Selain itu, projek tersebut sukar diuruskan kerana tanaman

herbaponik di kawasan tersebut adalah tidak sesuai kerana mudah dinaiki air

dan berlumpur. Semakan Audit selanjutnya mendapati baucar bayaran yang

telah disediakan oleh MHC tidak menyatakan butiran pembayaran projek yang

terlibat dengan jelas dan terperinci. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

membuat pengesahan tarikh pembayaran terhadap 6 projek tersebut

memandangkan MHC tidak lagi beroperasi disebabkan masalah kewangan.

Keadaan projek untuk komuniti JKKK Batu Gajah Pasir, Sungai Rambai, Melaka

adalah seperti di gambar berikut:

GAMBAR 28.3 GAMBAR 28.4

Agrotourism Park, Sg. Rambai,

Batu Gajah Pasir, Melaka

- Keadaan Tanah Yang Berlumpur Tidak Sesuai

Digunakan Untuk Menimbuni Tanah Di Tapak Semaian

(17.11.2011)

Agrotourism Park, Sg. Rambai,

Batu Gajah Pasir, Melaka

- Anak Ikan Tidak Dibekalkan Seperti

Di Dalam Kontrak Perjanjian

(17.11.2011)

Maklum Balas Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Yang Diterima Pada

7 Jun 2012

Kelewatan penghantaran adalah berpunca daripada masalah dalaman yang

dihadapi oleh MHC. Bagaimanapun, Kementerian telah melantik ANM untuk

mengambil alih tugas MHC sebagai agensi pelaksana dan memantau projek

herbaponik.

iv. Berdasarkan Garis Panduan Program, penyaluran peruntukan perlu dibuat

kepada kolaborator/agensi pelaksana dan pihak komuniti hanya menerima

teknologi yang dibekalkan. Semakan Audit mendapati penyaluran peruntukan

telah dibuat oleh MOSTI secara terus kepada entiti bagi Projek Penghasilan

Minyak Kelapa Dara di DUN Matunggong yang berjumlah RM100,000.

Berdasarkan semakan di Kementerian, pembayaran ini dibuat kepada Syarikat

JS Coconut Enterprise kerana pelaksanaan projek akan diuruskan sendiri oleh

syarikat berkenaan. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan

jumlah sebenar perbelanjaan yang telah dibuat oleh syarikat tersebut

memandangkan maklumat mengenainya tidak dapat dikemukakan oleh MOSTI

bagi tujuan semakan.

v. Bagi projek K-Masjid di Masjid Jamek Paloh, pihak Audit dimaklumkan oleh

pegawai penyelaras bahawa penerimaan wang bagi penyelarasan projek ini

serta pendapatan daripada K-Centre (komponen projek di bawah K-Masjid iaitu

perkhidmatan Kafe Siber yang terletak di kawasan masjid) telah dimasukkan ke

dalam akaun bank persendirian beliau. Pendapatan daripada caj sewaan

421 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!