10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

35.6. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, adalah disyorkan supaya pihak yang terlibat

mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

35.6.1. Kementerian hendaklah tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dan

mengambil tindakan ke atas kontraktor yang melanggar syarat perjanjian kontrak.

35.6.2. Pihak sekolah hendaklah dimaklumkan dan dibekalkan dengan salinan spesifikasi

kontrak bagi tujuan rujukan semasa penerimaan peralatan MPAV. Sekiranya peralatan yang

dibekalkan adalah tidak mengikut spesifikasi, ia harus ditolak kecuali mendapat kelulusan

penukaran spesifikasi daripada Kementerian terlebih dahulu.

35.6.3. Kementerian hendaklah menyiasat kes tuntutan bayaran oleh pembekal tanpa

melaksanakan uji lari ke atas peralatan. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah

memastikan SPP tidak ditandatangani selagi uji lari tidak dilakukan dan pembekal yang tidak

mematuhi syarat kontrak perlu disenaraihitamkan.

35.6.4. Kementerian perlu membuat pemeriksaan susulan terhadap tahap penggunaan

peralatan MPAV di SMT/SMV yang lain dan tindakan penyelesaian terhadap masalah

tersebut perlu dibuat segera. Sebagai contoh, bagi peralatan MPAV yang belum/tiada

keperluan untuk digunakan, pihak Kementerian hendaklah mengagihkannya kepada sekolah

lain yang memerlukan.

35.6.5. Kementerian sepatutnya memastikan semua pembekal mematuhi syarat kontrak

dengan mengadakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian. Kementerian dan pihak

sekolah juga perlu mengkaji semula lokasi penyimpanan peralatan MPAV yang sesuai serta

memastikan supaya peralatan MPAV sentiasa ditempatkan dalam keadaan baik dan

selamat.

35.6.6. Mekanisme pemantauan sedia ada perlu dipertingkatkan dan diperkemas terhadap

penerimaan, penggunaan dan penyimpanan peralatan MPAV. Pemantauan secara berjadual

perlu dilakukan di peringkat BPTV/BPPA/PPA dan hasil pemantauan hendaklah dilaporkan

kepada pihak pengurusan Kementerian supaya kelemahan berbangkit dapat diambil

tindakan segera.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 278-284

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

569 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!