10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

ii. Analisis Audit terhadap prestasi Pegawai Audit Luar mendapati perkara seperti

berikut:

Kesemua Pegawai Audit Luar di satu cawangan iaitu Kangar (5.9% daripada

17 Cawangan LHDNM) menunjukkan prestasi cemerlang kerana melebihi

sasaran KPI fail bagi kedua-dua tahun iaitu 2010 dan 2011.

Kesemua Pegawai Audit Luar di 5 cawangan lain iaitu Taiping, Temerloh,

Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Labuan (29.4% daripada 17 Cawangan

LHDNM) mencapai/melebihi sasaran KPI fail bagi tahun tertentu.

Sebahagian Pegawai Audit Luar di 11 cawangan lain (64.7% daripada

17 Cawangan LHDNM) tidak mencapai sasaran KPI fail bagi kedua-dua

tahun iaitu 2010 dan 2011. Cawangan LHDNM yang terlibat ialah Alor Setar,

Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Teluk Intan, Kota Kinabalu, Kuching, Shah

Alam, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur Bandar. Peratusan KPI fail yang

tidak tercapai adalah antara 3.2% hingga 55.6%.

iii. Antara sebab KPI fail tidak dapat dicapai oleh Pegawai Audit Luar adalah kerana

pegawai baru kurang berpengalaman.

Pada Pendapat Audit, LHDNM perlu mengkaji sebab berlakunya perbezaan

prestasi cawangan yang ketara dan seterusnya mengambil tindakan yang

sewajarnya untuk mempertingkatkan prestasi cawangan dan pegawai tertentu dari

segi bilangan fail yang diselesaikan.

9.5.2. Guna Tenaga Dan Liputan Pembayar Cukai

9.5.2.1. Pengagihan Pegawai Untuk Aktiviti Audit Cukai

a. Semakan Audit mendapati LHDNM tidak menentukan bilangan jawatan Pegawai

Audit Luar yang diperlukan secara khusus untuk mengaudit cukai pendapatan

individu berpendapatan perniagaan. Bagaimanapun, terdapat jawatan bagi aktiviti

audit cukai secara am yang meliputi audit luar, audit meja dan audit majikan

(pengauditan yang dijalankan di premis majikan untuk mengesahkan ketepatan

potongan cukai berjadual yang dibuat oleh majikan terhadap pendapatan

pekerjanya). Pengagihan bilangan jawatan untuk menjalankan audit luar, audit meja

dan audit majikan dilakukan oleh Pengarah Cawangan LHDNM mengikut keperluan

semasa dan berdasarkan kebolehan serta pengalaman pegawai. Berdasarkan

analisis Audit, pada umumnya pengagihan bilangan Pegawai Audit Luar adalah lebih

tinggi berbanding bilangan Pegawai Audit Meja di 13 Cawangan LHDNM.

Bagaimanapun, bilangan Pegawai Audit Luar di Cawangan Kuala Terengganu dan

Temerloh adalah lebih rendah iaitu kurang 4 pegawai berbanding bilangan Pegawai

Audit Meja. Manakala bilangan Pegawai Audit Luar dan bilangan Pegawai Audit

Meja adalah sama di Cawangan Kota Kinabalu dan Labuan.

b. Mengikut norma kerja audit luar bagi tahun 2011, setiap Pegawai Audit Luar yang

dapat memberi tumpuan sepenuh masa (untuk menjalankan audit luar) perlu

menyelesaikan pengauditan terhadap 17 individu. Manakala mengikut norma kerja

audit meja bagi tahun 2011, setiap Pegawai Audit Meja yang dapat memberi

tumpuan sepenuh masa (untuk menjalankan audit meja) perlu menyelesaikan

pengauditan terhadap 1,600 individu. Bagaimanapun, tumpuan masa Pegawai Audit

Luar dan Pegawai Audit Meja terhadap tugas utama adalah tidak optimum. Ini

adalah disebabkan mereka juga terlibat dalam aktiviti lain seperti menjadi petugas

semasa Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai, berkursus, lawatan Audit Luar bagi

kes yang dikendalikan oleh Pegawai Audit Luar yang lain, Pegawai Audit Luar dan

105 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!