10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

LANJUTAN

MASA

1

GAMBAR 48.1

TD Kem Kinabatangan, Sandakan, Sabah

- Keadaan Unit RKAT Yang Telah Usang

(20.12.2011)

ii. Projek RKAT baru melibatkan pembinaan 258 unit rumah pelbagai kelas serta

kerja-kerja berkaitan untuk Pegawai dan Anggota Tentera Darat di Kem

Kinabatangan, Sandakan, Sabah telah ditawarkan kepada REMT Utama Sdn.

Bhd. pada bulan Jun 2008 dengan nilai kontrak sebanyak RM73.97 juta.

Pemilihan kontraktor dibuat melalui kaedah tender terhad dengan tempoh siap

selama 96 minggu iaitu mulai 8 Julai 2008 sehingga 10 Mei 2010. Adalah

didapati kontraktor yang telah dipilih ini menawarkan harga terendah di kalangan

penender yang mengemukakan tawaran. Projek ini dikawal selia oleh

4 perunding yang dilantik oleh Kementerian.

iii. Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2009, projek sakit

didefinisikan sebagai projek yang mana kemajuan pelaksanaannya telah

mengalami kelewatan melebihi 2 bulan atau 20% daripada tarikh atau jadual

yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu. Semakan Audit mendapati

projek RKAT TD Kem Kinabatangan, Sandakan Sabah gagal disiapkan

mengikut tempoh yang ditetapkan. Status kemajuan projek sehingga bulan Jun

2010 ialah 24.4% (kemajuan fizikal) dan 21.7% (kemajuan kewangan). Jumlah

bayaran interim yang telah dibayar kepada Syarikat REMT Utama sehingga

bulan Jun 2010 ialah RM16.04 juta. Pada 2 Julai 2010, satu mesyuarat dan

lawatan tapak telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana

Menteri serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Wakil ICU telah

mengesyorkan agar projek ini dibawa ke Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS)

Kementerian. Bagaimanapun, JKPS peringkat Kementerian yang bersidang

pada 3 September 2010 telah bersetuju agar projek ini diteruskan dengan syarat

kontraktor mematuhi pelan pemulihan yang dicadangkan oleh pihak kontraktor

sendiri (sebagaimana Klausa 6, SPP Bil. 8 Tahun 2009) dan LAD akan

dikenakan.

iv. Sehingga tarikh pengauditan, sebanyak 3 lanjutan masa telah diluluskan selama

502 hari iaitu sehingga 24 September 2011. Bagaimanapun pada tarikh akhir

lanjutan masa ketiga, projek ini masih tidak dapat disiapkan di mana kemajuan

kerja ketika itu ialah 83.3% (berdasarkan tuntutan bayaran interim pada

4 Oktober 2011). Kementerian telah mengemukakan Sijil Tidak Siap Kerja

kepada kontraktor pada 14 Oktober 2011. Semakan Audit selanjutnya

mendapati permohonan lanjutan masa keempat telah dikemukakan pada

7 Oktober 2011, namun ditolak oleh pihak Kementerian pada 23 November 2011

berikutan permohonan tersebut dibuat tanpa ulasan dan kelulusan perunding

projek. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 48.4

LANJUTAN MASA YANG DILULUSKAN

SEBAB

LANJUTAN MASA

Pertukaran Jenis Cerucuk

Perubahan Satu Unit Asas Tapak Kuarters Kelas

F Dari Cerucuk Kepada Pad Footing

TEMPOH

10.05.2010

10.12.2010

BIL.

HARI

TARIKH

PERMOHONAN

EOT

TARIKH

KELULUSAN

EOT

214 04.09.2009 30.10.2009

763 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!