10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

ganti rugi di atas kerosakan (jika berkaitan) dan mengosongkan serta membersihkan

kuarters sepenuhnya;

v. menyeragamkan potongan elaun penghuni dan menetapkan dasar bagi pemotongan

elaun rumah gotong-royong serta mengambil tindakan bagi memastikan semua

penghuni kuarters dikenakan bayaran air mengikut kadar yang sepatutnya dan

memasang meter bekalan air secara individu serta didaftarkan atas nama penghuni;

vi. memastikan penghuni kuarters menjaga kebersihan kediaman dan sekitarnya serta

mengaktifkan jawatankuasa penghuni bagi membantu Kerajaan mengurus kemudahan

awam di kawasan kuarters; dan

vii. memperkemas dan mempertingkatkan aspek pemantauan di semua peringkat supaya

pengurusan dan penyenggaraan kuarters Kementerian dapat diuruskan dengan lebih

cekap dan teratur serta memberi kepuasan kepada penghuni.

34. Perolehan Peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) Di Sekolah Menengah

Teknik/Vokasional

a. Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM76.83 juta di bawah RMKe-9 bagi

tujuan perolehan peralatan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV). Perolehan 1,293 item

peralatan berjumlah RM63.02 juta telah diuruskan secara tender terbuka yang melibatkan 14

syarikat. Baki peruntukan berjumlah RM13.81 juta pula disalurkan kepada 85 Sekolah

Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Vokasional (SMV) untuk tujuan perolehan

secara sebut harga atau/dan pembelian terus. Pengauditan yang dijalankan mendapati pada

umumnya perolehan peralatan MPAV adalah memuaskan. Bagaimanapun, masih terdapat

beberapa kelemahan seperti berikut:

i. satu syarikat masih gagal membekalkan 2 jenis peralatan bernilai RM1.50 juta;

ii. sebanyak 139 unit peralatan bernilai RM2.21 juta tidak mengikut spesifikasi;

iii. sebanyak 30 unit peralatan bernilai RM37,077 telah dibayar sebelum diuji lari;

iv. tuntutan yang meragukan untuk bekalan peralatan MPAV bernilai RM1 juta;

v. sebanyak 2,447 unit peralatan bernilai RM7.39 juta masih belum/tidak digunakan

sehingga tarikh lawatan Audit; dan

vi. pemantauan secara fizikal yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kementerian atau

negeri tidak disokong dengan laporan mengenainya.

b. Pihak Audit mengesyorkan Kementerian melaksanakan perkara seperti berikut:

i. menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan ke atas kontraktor yang

melanggar syarat perjanjian kontrak;

ii. memaklumkan dan membekalkan pihak sekolah dengan salinan spesifikasi kontrak bagi

tujuan rujukan semasa penerimaan peralatan MPAV;

iii. menyiasat kes tuntutan bayaran oleh pembekal tanpa melaksanakan uji lari ke atas

peralatan;

iv. membuat pemeriksaan susulan terhadap tahap penggunaan peralatan MPAV di

SMT/SMV dan tindakan penyelesaian terhadap masalah berkaitan;

v. mempertingkatkan dan memperkemaskan penerimaan, penggunaan dan penyimpanan

peralatan MPAV; dan

vi. pemantauan secara berjadual perlu dilakukan di peringkat Bahagian Pendidikan Teknik

Dan Vokasional/Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset/Pejabat Pengurusan Aset

dan hasil pemantauan hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan Kementerian

supaya kelemahan berbangkit dapat diambil tindakan segera.

xli RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!