10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 11.38 GAMBAR 11.39

Perumahan Taman Fajar, Sandakan

- Kayu Pintu Tandas Reput Dan Pintu Di Belakang Rumah Yang Rosak

(23.11.2011)

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

Kekurangan peruntukan telah membatasi kerja penyenggaraan

pencegahan/berkala menyebabkan berlakunya banyak kerosakan yang tidak

dapat diperbaiki. Sehubungan itu, pihak JKR telah dihubungi melalui surat

rujukan KE.HG(125)655/12Klt.2(10) bertarikh 15 Mei 2012 untuk memohon bantuan

dari segi penyediaan Pelan Operasi dan Penyelenggaraan Aset seperti yang

ditetapkan dalam Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2009, kerana penyediaan pelan

berkenaan memerlukan kepakaran teknikal dan juga kerjasama JKR.

Pada pendapat Audit, kekangan peruntukan dalam penyenggaraan kuarters

jabatan telah mengakibatkan proses operasi dan penyenggaraan aset seperti

mana yang ditetapkan dalam Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan tidak

dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

11.5.2.5. Pengubahsuaian/Penambahbaikan Kuarters Jabatan

a. Kuarters jabatan adalah merupakan aset tidak alih dan hendaklah diuruskan dengan

sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh peraturan Kerajaan. Oleh itu,

sebarang pengubahsuaian terhadap kuarters jabatan perlu mendapat kelulusan

pihak pengurusan tertinggi dan sekiranya pengubahsuaian tersebut melibatkan

tambahan dan/atau pindaan struktur kepada mana-mana bahagian dalam atau luar

bangunan kuarters, kelulusan daripada pihak JKR tempatan perlu diperolehi seperti

yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab E.

b. Lawatan Audit pada bulan Julai 2011 mendapati JKDM telah mengubahsuai kuarters

yang kosong atau mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

i. Negeri Kedah

Sebanyak 19 kuarters jabatan telah diubahsuai kepada 3 ruang pejabat,

13 rumah tamu dan 3 rumah aktiviti. Bagaimanapun, tiada pengubahsuaian

yang melibatkan perubahan struktur bangunan. Contoh pengubahsuaian

kuarters jabatan adalah seperti di gambar berikut:

152 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!