10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

lengkap dan teratur lewat dikemukakan oleh kontraktor kepada pihak

Kementerian untuk ditandatangan.

Pada pendapat Audit, Kementerian sepatutnya memastikan syarikat yang dilantik

bagi melaksanakan projek ini berdaftar dengan PKK selaras dengan peraturan

kewangan. Selain itu, Kementerian juga perlu mempercepatkan proses

menandatangani kontrak untuk menjaga kepentingan Kerajaan pada masa

hadapan.

40.5.2.2. Pelantikan Perunding Pengurusan Projek

Pelantikan Perunding Pengurusan Projek (PMC) telah diluluskan secara rundingan terus

oleh Kementerian Kewangan pada 26 Februari 2002 manakala Surat Niat telah

dikeluarkan oleh Kementerian pada 18 November 2002 kepada KIP Management Sdn.

Bhd. (KIP). Semakan Audit terhadap pelantikan PMC mendapati perkara seperti berikut:

a. Proses rundingan yang dijalankan mengambil masa yang lama menyebabkan Surat

Pelantikan Perunding hanya dikeluarkan pada 4 Jun 2008 iaitu selepas 66 bulan

atau 5 ½ tahun daripada tarikh Surat Niat sedangkan kerja dan pemantauan oleh

perunding telah bermula sejak Surat Niat dikeluarkan.

b. Kos perkhidmatan PMC telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 23 April

2008. Bagaimanapun, anggaran kos projek yang menjadi asas perkiraan bagi kos

perunding melebihi RM50 juta daripada nilai keseluruhan kontrak Fasa I dan II.

Lebihan tersebut merupakan anggaran kos untuk komponen pembangunan Hospital

Information System (HIS) yang telah dikeluarkan daripada perancangan asal projek

dan tiada dalam kontrak utama projek pembinaan Hospital Kluang. Ini menyebabkan

yuran perkhidmatan 7 pegawai khusus untuk HIS berjumlah RM1.50 juta atau 15.9%

daripada harga kontrak telah dimasukkan dalam Yuran Profesional PMC. Daripada

jumlah tersebut sebanyak RM0.74 juta yuran bagi peringkat pembinaan (RM0.62

juta) dan pos pembinaan (RM0.12 juta) sepatutnya dikeluarkan dan tidak dibayar

kepada KIP kerana HIS telah dikeluarkan daripada kontrak.

c. Kementerian pada 15 November 2007 telah membayar Tuntutan No. 1 Yuran

Profesional PMC kepada KIP berjumlah RM0.75 juta sungguhpun pada masa

bayaran dibuat, kos perkhidmatan perunding belum dipohon dan diluluskan oleh

Kementerian Kewangan. Memorandum of Agreement (MOA) juga masih belum

ditandatangani antara Kementerian dengan KIP.

d. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2006 menetapkan perjanjian

perkhidmatan perunding perlu ditandatangani dalam tempoh satu bulan daripada

tarikh kos perkhidmatan perunding diluluskan iaitu pada 23 April 2008. Semakan

Audit mendapati perjanjian hanya ditandatangani pada 19 November 2008 iaitu

lewat 6 bulan daripada tempoh sepatutnya.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Kelewatan surat pelantikan PMC dikeluarkan adalah kerana terdapat perubahan

skop kerja di peringkat pra-pembinaan di samping proses kelulusan yuran dan

pelantikan mengambil masa yang agak panjang. Bayaran yuran perkhidmatan

bagi 7 pegawai HIS kepada PMC adalah meliputi kerja perundingan HIS di

peringkat awal pelaksanaan projek ini pada tahun 2002 memandangkan pihak

PMC telah melaksanakan kerja bermula dari tahun 2002 dan MOA hanya

ditandatangani pada 19 November 2008. Pada 14 Ogos 2012, Kementerian dan KIP

telah bersetuju agar sejumlah RM0.62 juta yuran perunding semasa pembinaan

653 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!