10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, pemantauan terhadap pengurusan perkhidmatan bekalan

makanan bermasak adalah kurang memuaskan kerana masih banyak kelemahan dan

ketidakpatuhan kepada syarat kontrak. Kementerian perlu memberi penekanan

terhadap kepentingan pemantauan dan memperkemaskannya lagi untuk memastikan

perkhidmatan BMB oleh Kontraktor dilaksanakan mengikut syarat kontrak.

36.5.5. Kajian Kepuasan Pelanggan

Kajian kepuasan pelanggan bertujuan untuk menilai tahap kepuasan murid terhadap prestasi

perkhidmatan BMB oleh kontraktor. Pihak Audit telah mendapatkan maklum balas melalui

borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 murid (10 murid di setiap 30 sekolah yang

dilawati). Perkara yang diajukan antara lain adalah berkenaan dengan perihal makanan iaitu

tentang kebersihan dan keenakan makanan; kebersihan peralatan dan persekitaran iaitu

peralatan/bekas untuk menghidangkan makanan; peralatan untuk makan; pengudaraan

dewan makan; penyediaan tong sampah dan perihal kepatuhan pekerja dewan makan

mengenai kebersihan diri, pakaian dan tingkah laku. Hasil maklum balas kajian adalah

seperti di carta berikut:

CARTA 36.1

TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BMB

Nota:

1. Menu Makanan 4. Kebersihan Persekitaran

2. Kebersihan Makanan 5. Pemakaian Pakaian Seragam Oleh Pekerja Dewan Makan

3. Kebersihan Peralatan 6. Kebersihan Diri, Pakaian Dan Tingkah Laku Pekerja Dewan Makan

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Pihak BPPA mengambil maklum perkara ini dan langkah penambahbaikan akan

segera dirangka bagi memastikan teguran Audit tidak berulang lagi.

Berdasarkan penilaian murid, pihak Audit berpendapat perkhidmatan BMB yang

dilaksanakan oleh kontraktor secara umumnya adalah memuaskan. Bagaimanapun,

Kementerian/Bahagian/Sekolah perlu mempertingkatkan aspek penyeliaan dan

penguatkuasaan supaya kontraktor mematuhi sepenuhnya syarat kontrak.

598 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!