10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

67.5.3.3. Penggunaan Kad Kredit Korporat

Pengarah Urusan UHB telah meluluskan penggunaan CIMB Bank Platinum Business

Card (CBPBC) kepada Kumpulan Pengurusan UHB yang terdiri daripada Pengarah

Urusan (RM60,000), 6 orang Pengurus Besar Kanan (RM30,000 seorang) dan 2 orang

Pengurus Besar (RM30,000 seorang) dengan jumlah had kredit keseluruhan RM300,000

sebulan. Semakan Audit terhadap penggunaan kad CBPBC bagi tempoh tahun 2008

hingga bulan Mei 2011 mendapati perkara berikut:

a. Polisi Kad Kredit Korporat Para 3 menetapkan bahawa penggunaan Kad Kredit

Korporat bagi item peribadi dan item yang tidak berkaitan dengan perniagaan UHB

adalah tidak dibenarkan. Semakan Audit mendapati Pengarah Urusan pada waktu

itu telah menggunakan kad kredit ini bagi tujuan peribadi dan tidak berkaitan dengan

perniagaan UHB yang berjumlah RM808,386. Ini adalah bertentangan dengan polisi

yang ditetapkan oleh UHB.

b. Polisi tersebut juga menghendaki pemegang kad untuk mengemukakan tuntutan

bagi perbelanjaan rasmi berserta dengan dokumen sokongan dan membayar

semula perbelanjaan peribadi kepada Bahagian Kewangan UHB. Manakala para 4

(d) menyatakan tindakan memotong gaji akan diambil terhadap pemegang kad yang

gagal menjelaskan semua tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.

c. Semakan Audit mendapati bekas Pengarah Urusan masih mempunyai baki

tunggakan perbelanjaan kad kredit korporat dan pendahuluan berjumlah

RM805,954. Semakan selanjutnya mendapati perbelanjaan untuk tujuan peribadi

telah mula dilakukan sejak 20 Oktober 2008. Pada bulan September 2009, Bahagian

Kewangan dan Unit Audit Dalam UHB telah membincangkan kaedah penyelesaian

tunggakan pada ketika itu yang berjumlah RM314,884. Pihak Lembaga Pengarah

melalui Pengerusi Jawatankuasa Audit telah mula bertindak seawal bulan Mac 2010

dengan menasihati Pengarah Urusan tersebut supaya menyelesaikan semua

tunggakan pendahuluan. Sungguhpun tindakan awal telah diambil oleh Pengerusi

Jawatankuasa Audit, namun setiap tindakan tersebut tidak didokumenkan. Tindakan

untuk menamatkan perkhidmatan kad kredit tersebut hanya diambil pada

24 Februari 2011 iaitu mengambil masa selama 17 bulan. Butirannya adalah seperti

di jadual berikut:

PERIHAL

JADUAL 67.13

BAKI TUNGGAKAN SETAKAT 31 MEI 2011

TEMPOH

JUMLAH

(RM)

Kad Kredit Korporat CIMB Oktober 2008 hingga Mac 2011 808,386

Pendahuluan (+) April 2008 hingga Mac 2010 147,568

Bayaran (-)

i. MBB 040165 (24 Mac 2011)

ii. MBB 040581 (8 April 2011)

150,000

JUMLAH 805,954

Maklum Balas UDA Holdings Berhad Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Tindakan undang-undang sedang diambil oleh UHB terhadap bekas Pengarah

Urusan setelah beberapa surat tuntutan yang dikemukakan kepada beliau tidak

mendapat maklum balas.

Pada pendapat Audit, kelewatan mengambil tindakan yang tegas di peringkat awal

menyebabkan penggunaan kad kredit untuk tujuan peribadi berlarutan. Tindakan

serta merta sepatutnya diambil oleh Lembaga Pengarah UHB terhadap pemegang

kad tersebut setelah menyedari berlaku penyalahgunaannya untuk tujuan peribadi

dan melanggar polisi yang ditetapkan tanpa mengira gred jawatan.

1030

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!