10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

bertanggungjawab terhadap biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB),

MyBrain15, Post-Doc/Sub-Kepakaran, Biasiswa Khas Tenaga Akademik, Bantuan

Kewangan Asasi IPTA dan Program Post-Graduate Diploma in Entrepreneurship

(University of Cambridge).

b. Pada tahun 2006, bilangan penerima biasiswa yang ditaja bagi kesemua program

adalah seramai 955 orang dan setakat akhir tahun 2011, jumlahnya telah meningkat

kepada 59,124 orang (Jadual 47.11). Manakala bilangan penerima tajaan yang aktif

adalah seramai 29,086 orang iaitu telah meningkat sebanyak 28,131 orang

(2,945.7%) berbanding 955 orang pada tahun 2006. Bagaimanapun, bilangan

pegawai di Unit ini masih sama sejak diwujudkan pada tahun 2006.

JADUAL 47.11

BILANGAN TAJAAN PENERIMA BIASISWA

UNTUK TEMPOH TAHUN 2006 SEHINGGA 2011

TAHUN BIL. PENERIMA BIASISWA JUMLAH

2006 955 955

2007 5,721 6,676

2008 8,477 15,153

2009 10,455 25,608

2010 13,229 38,837

2011 20,287 59,124

Maklum Balas Kementerian Pengajian Tinggi Yang Diterima Pada 5 Jun 2012

Kementerian telah pun melaksanakan kaedah penempatan semula pegawai

(redeployment), namun masih tidak mencukupi berikutan 3 unit lain di Bahagian

Biasiswa juga mempunyai tugas-tugas tambahan tanpa sebarang pertambahan

jawatan.

Pada pendapat Audit, Unit Skim Latihan Akademik IPTA mempunyai beban tugas

yang berat dan memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk melaksanakan tugas

dan tanggungjawab dengan sempurna. Selain daripada melaksanakan kaedah

penempatan semula (redeployment) antara pegawai dan kakitangan di organisasi

yang sama, Kementerian juga boleh memohon pertambahan jawatan kepada

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

47.5.2.3. Kelulusan Pelanjutan Pengajian

a. Pada dasarnya, pertimbangan kepada setiap permohonan pelanjutan adalah

berdasarkan merit sesuatu kes tersebut dan tempoh yang diluluskan adalah tempoh

yang munasabah untuk seseorang pelajar menamatkan pengajiannya. Di peringkat

IPTA, pelanjutan tempoh pengajian diperakukan oleh Jawatankuasa Cuti Belajar

Dan Biasiswa sebelum dikemukakan kepada Kementerian untuk keputusan

selanjutnya. Bagi membolehkan permohonan pelanjutan pengajian dipertimbangkan,

Kementerian menetapkan kuasa melulus bagi setiap jenis pelanjutan seperti di

jadual berikut:

JADUAL 47.12

JENIS PELANJUTAN DAN KUASA MELULUS

JENIS PELANJUTAN KUASA MELULUS

Pelanjutan Pertama Ketua Penolong Setiausaha

Pelanjutan Kedua/Ketiga/Rayuan Setiausaha Bahagian

Pertukaran Universiti/Kursus Ketua Penolong Setiausaha

Penamatan Biasiswa Setiausaha Bahagian

Rayuan Biasiswa Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)

Rayuan Kedua Dan Muktamad Ketua Setiausaha

755 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!