10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Pembayar Cukai Tidak Mengisi Kod Perniagaan/Mengisi Kod Perniagaan Yang

Tidak Tepat

Mengikut Manual Prosedur Kerja Audit Luar-Bahagian C: Contoh Surat dan Borang -

Lampiran 4, surat pemberitahu kod perniagaan yang betul perlu dikeluarkan kepada

pembayar cukai yang mengisi Borang B dengan kod perniagaan yang tidak tepat.

Semakan Audit di 5 cawangan mendapati 19 pembayar cukai melibatkan 42 kes

telah mengisi Borang B dengan kod perniagaan yang tidak tepat. Bagaimanapun,

Pegawai Audit Luar yang telah membuat pembetulan kod perniagaan di modul

taksiran/Laporan Penyelesaian Audit didapati tidak memaklumkannya kepada

pembayar cukai terbabit. Ini bermakna matlamat mendidik pembayar cukai

menggunakan kod perniagaan yang betul tidak tercapai. Butirannya adalah seperti di

jadual berikut:

JADUAL 9.9

PEMBETULAN KOD PERNIAGAAN DI MODUL TAKSIRAN/LAPORAN

PENYELESAIAN AUDIT TANPA DIMAKLUMKAN KEPADA PEMBAYAR CUKAI

CAWANGAN BIL. INDIVIDU

BIL. TAHUN TAKSIRAN

(Kes)

Johor Bahru 3 7

Temerloh 9 20

Shah Alam 1 1

Seremban 4 7

Kuala Lumpur Bandar 2 7

JUMLAH 19 42

Pada pendapat Audit, pemilihan kes berdasarkan kod perniagaan yang betul akan

mendatangkan impak audit yang positif. Sehubungan ini, ACP 1967 perlu

diperuntukkan seksyen untuk mengenakan penalti terhadap pembayar cukai yang

tidak mengisi kod perniagaan/mengisi kod perniagaan yang tidak tepat.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

LHDNM akan menghalusi cadangan agar ACP 1967 diperuntukkan satu seksyen

terhadap pembayar cukai yang gagal mengisi kod perniagaan dengan tepat.

LHDNM berpendapat pendidikan cukai berterusan kepada pembayar cukai dalam

menggunakan kod perniagaan yang betul adalah penting. Bagaimanapun,

lazimnya kod perniagaan yang hampir dengan sesuatu perniagaan itu akan

digunakan jika tiada kod perniagaan yang benar-benar betul.

9.5.3.3. Prosedur Kerja Dan Peraturan Tidak Dipatuhi Sepenuhnya

Semakan Audit mendapati beberapa prosedur kerja dan peraturan yang ditetapkan tidak

dipatuhi sepenuhnya oleh Pegawai Audit Luar di 17 Cawangan LHDNM yang diaudit.

Butirannya adalah seperti berikut:

a. Senarai Semakan Audit (Audit Checklist) Tidak Diisi

Mengikut Manual Prosedur Kerja Audit Luar dan Memo Pengarah Jabatan

Pematuhan Cukai Bilangan LHDNM.01/36/223/5/7(41) bertarikh 19 Mei 2010, bagi

individu yang mempunyai rekod perakaunan yang lengkap, Pegawai Audit Luar

dikehendaki menggunakan senarai semakan audit sebagai Standard Operating

Procedure. Senarai semakan audit ini dinyatakan dalam Manual Audit Percukaian di

Bahagian E. Senarai semakan audit (audit checklist) tersebut adalah penting untuk

111 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!