10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

36.6. SYOR AUDIT

Bagi memastikan pengurusan perkhidmatan BMB dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

serta Kerajaan mendapat value for money terhadap perbelanjaan yang dilakukan supaya murid

mendapat makanan yang berkualiti, bersih dan berkhasiat, adalah disyorkan supaya pihak

terlibat mengambil langkah seperti berikut:

36.6.1. Semua perolehan Kerajaan hendaklah diikat dengan perjanjian secara teratur dan

sah serta dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak.

Kementerian hendaklah meneliti kes perolehan perkhidmatan BMB tanpa perjanjian yang

sah dan mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal mematuhi perolehan kontrak

Kerajaan serta membuat bayaran tanpa perjanjian.

36.6.2. Kementerian hendaklah bertegas terhadap kontraktor yang gagal menyerahkan Bon

Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan dengan membatalkan tawaran tersebut.

36.6.3. Kementerian/Bahagian/Sekolah hendaklah mempertingkatkan aspek kawalan dan

keselamatan dokumen tender, profil syarikat serta kawalan terhadap proses kemasukan

data petender supaya ianya selamat, terkawal dan mudah dikesan. Selain itu, Kementerian

perlu memperkemaskan pengurusan pengedaran dan penyimpanan dokumen kontraknya.

36.6.4. Kementerian hendaklah membuat semakan dengan agensi kawal selia syarikat bagi

memastikan syarikat yang menawarkan tender benar-benar kukuh dari segi kedudukan

kewangannya dan berwibawa serta mematuhi peraturan Akta Syarikat khususnya berkaitan

status tahunan kewangan syarikat.

36.6.5. Kementerian perlu meningkatkan penyeliaan dan penguatkuasaan bagi memastikan

syarat kontrak dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor bagi menjamin murid mendapat

makanan yang berkhasiat, berkualiti, halal dan bersih. Sehubungan itu, Kementerian/

Sekolah disyorkan supaya tidak bertolak ansur dengan isu kebersihan dan keselamatan

dapur, dewan makan dan persekitarannya serta mengambil tindakan tegas terhadap

kontraktor atas kegagalan mereka mematuhi syarat kontrak.

36.6.6. Kementerian perlu memastikan Pengetua dan Penyelia Asrama mengawal setiap

perubahan dan pertukaran spesifikasi bahan dan menu makanan oleh kontraktor supaya

murid dapat menikmati makanan yang berkualiti. Ia juga bagi memastikan kontraktor tidak

mengambil kesempatan dengan hanya membekalkan bahan makanan yang berharga

rendah dan mudah diperolehi di pasaran.

36.6.7. Sekolah hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan supaya laporan

berkenaan aktiviti bekalan makanan bermasak dan prestasi kontraktor dapat dinilai dan

dipantau dengan berkesan. Pihak Kementerian perlu menyemak semula format borang yang

digunakan sejak tahun 1994 dan dikemas kini bagi memudahkan pihak pentadbiran sekolah.

36.6.8. Kementerian perlu memberi penekanan terhadap kepentingan pemantauan dan

memperkemaskannya lagi untuk memastikan perkhidmatan BMB oleh kontraktor

dilaksanakan mengikut syarat kontrak.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 285-297

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

599 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!