10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

penyenggaraan pada 3 Mei 2012 dan pelaksanaan kerja bermula bulan Jun 2012.

Skop kerja adalah penyenggaraan berkala, kerja-kerja pembaikan terhadap

komponen yang didapati telah rosak dan kerja-kerja rectification.

Pada pendapat Audit, perancangan bajet, kaedah dan penyelarasan bagi

penyenggaraan Projek SSH di Sabah bagi Fasa 1 selepas tamat tempoh

tanggungan kecacatan adalah kurang berkesan. Sistem solar hibrid yang tidak

disenggarakan dengan segera dikhuatiri akan mudah rosak dan merugikan

Kerajaan kerana menanggung kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan

tersebut. Kementerian hendaklah mengambil tindakan proaktif dengan

menyediakan peruntukan yang mencukupi dan melantik kontraktor untuk kerjakerja

penyenggaraan bagi Projek SSH Fasa 1 yang rosak dan masih digunakan

oleh pihak sekolah. Bagi Projek SSH yang tidak digunakan lagi dan telah

mendapat bekalan elektrik dari talian grid, Kementerian hendaklah membuat

keputusan sama ada untuk memindahkannya ke sekolah lain yang

memerlukannya atau menjadikan peralatannya sebagai alat gantian ataupun

melupuskannya.

33.5.4.5. Daftar Aduan Kerosakan Tidak Diselenggarakan

Daftar aduan kerosakan perlu diselenggarakan di setiap sekolah untuk merekodkan

setiap aduan kerosakan yang dibuat dan respons kontraktor terhadap aduan kerosakan

dapat dinilai. Pemeriksaan Audit mendapati kesemua sekolah tidak menyelenggarakan

rekod aduan kerosakan. Oleh itu, tidak dapat ditentukan sama ada aduan berkenaan

telah diambil tindakan oleh kontraktor dan dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan itu

prestasi kontraktor terhadap respon aduan kerosakan tidak dapat dinilai.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Kementerian dalam maklum balasnya telah meminta pihak JPN yang terlibat

untuk mengarahkan pihak sekolah mengambil tindakan berkaitan. Kementerian

juga memaklumkan, pihak JKR sentiasa memastikan kontraktor melaksanakan

pemantauan terhadap aduan kerosakan yang dikemukakan oleh pengguna

diselesaikan di dalam tempoh 14 hari.

Pada pendapat Audit, respon kontraktor terhadap aduan kerosakan tidak dapat

ditentukan oleh kerana tiada rekod diselenggarakan bagi tujuan tersebut.

Kementerian sepatutnya menyediakan satu daftar aduan kerosakan dan

penyenggaraan yang seragam untuk kegunaan sekolah serta menilai prestasi

kontraktor terhadap kerja penyenggaraan.

33.5.4.6. Pendaftaran Komponen Dan Peralatan Sistem Solar Hibrid

Syarat kontrak menetapkan peralatan solar hibrid yang dibekalkan hendaklah

didaftarkan dalam Daftar Aset dan dilabel. Contoh peralatan ialah seperti bateri, set

janakuasa, inverter, tangki air dan water dispenser, panel solar dan alat pemadam api.

Lawatan ke 20 sekolah mendapati peralatan yang dipasang hanya ditandakan Hak Milik

Kerajaan Malaysia dan tidak direkodkan dalam Daftar Aset. Sebahagian contoh

peralatan yang dimaksudkan adalah seperti di gambar berikut:

518 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!