10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

49. JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA

- PENGURUSAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

49.1. LATAR BELAKANG

49.1.1. Pada 28 Mei 2003, Kerajaan telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program

Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 telah diluluskan oleh

Parlimen pada 7 Julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus

latihan wajib bagi mereka yang terpilih untuk menanam semangat patriotisme di kalangan

generasi muda atau remaja Malaysia; memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional

dan membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni. Mengikut

Akta Latihan Khidmat Negara 2003, mereka yang berumur antara 16 hingga 35 tahun

dikehendaki mengikuti latihan ini. Latihan dijalankan di kem yang diluluskan oleh Kerajaan

selama 3 bulan dan ia merangkumi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan

khidmat komuniti.

49.1.2. Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah ditubuhkan di bawah Kementerian

Pertahanan (Kementerian) pada bulan Oktober 2003 bagi memastikan perancangan dan

pelaksanaan PLKN berjalan dengan lancar. JLKN bertanggungjawab menyediakan

kurikulum program yang dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.

Sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem

yang beroperasi di bawah JLKN. Sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang

beroperasi, 3 dalam pembinaan, 2 ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat

Setuju Terima. Seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004

hingga 2011.

49.1.3. JLKN diluluskan peruntukan kewangan berjumlah RM2.031 bilion iaitu

RM661.43 juta (2009); RM617.10 juta (2010) dan RM752.92 juta (2011). Sejumlah

RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011.

49.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada PLKN diurus dengan teratur, cekap dan

berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

49.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan

program latihan khidmat negara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Lawatan telah dijalankan

di 7 kem PLKN yang dipilih iaitu Kem Paya Indah, Selangor; Kem Princess Haliza, Selangor;

Kem Sri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan; Kem Cahaya Gemilang, Pahang; Kem White Resort,

Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem KK Di Bawah Bayu, Sabah; dan Kem PLKN Bukit Saban,

Betong, Sarawak.

49.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan dengan menyemak kontrak dan Schedule Of Compliance (SOC), serta

rekod dan dokumen yang berkaitan. Selain itu, lawatan fizikal dan perbincangan dengan

pegawai yang berkaitan juga telah dilakukan.

779 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!