10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Yang Diterima Pada

22 Jun 2012

PTP telah menyenaraikan salah satu penyewa berkenaan dalam senarai

penamatan perjanjian penyewaan kerana telah melanggar syarat perjanjian dan

mempunyai tunggakan penyewaan. Tindakan perampasan deposit juga akan

dilaksanakan sejurus penamatan dibuat. Manakala bagi penyewa yang satu lagi,

PTP akan mengarahkan penyewa berkenaan untuk memohon kebenaran

menyewa kecil tapak sewaan kepada pihak lain.

vi. Lot tanah yang disewakan oleh penyewa asal seperti di dalam perjanjian tidak

boleh disewakan semula kepada pengusaha lain. Semakan Audit mendapati

satu kes penyewa asal di Lot 320, Bidor, Batang Padang, Perak dengan nilai

sewaan sejumlah RM440 sebulan yang dibayar kepada JKPTG telah

menyewakan kepada penyewa lain tetapi dengan nilai sewaan RM1,950

sebulan (November 2009 hingga September 2010) dan kemudiannya dinaikkan

kepada RM2,500 sebulan (Oktober 2010 hingga Julai 2011). Perkara ini yang

melibatkan penyewaan kepada pengusaha lain telah dibangkitkan di dalam

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007. Semakan Audit ke atas lot tanah

tersebut pada 9 Disember 2011 mendapati aktiviti perniagaan restoran makanan

masih dijalankan walaupun perjanjian telah tamat pada 31 Ogos 2011 dan

dokumen perjanjian lanjutan/baru tidak dikemukakan untuk semakan Audit.

Maklum Balas Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Yang Diterima Pada

22 Jun 2012

PTP memaklumkan penyewa ini tidak lagi memberi sewaan kecil kepada penyewa

lain. Manakala kelulusan pelanjutan penyewaan telah diluluskan oleh

Jawatankuasa Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Bil. 1/2011 bagi

tempoh 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2014.

vii. Lot tanah yang disewa hendaklah sentiasa berkeadaan bersih supaya tidak

mencemarkan pandangan serta mendatangkan bahaya kepada penduduk

sekitar atau peniaga yang berdekatan. Hasil pemeriksaan Audit ke lot tanah

yang disewakan mendapati sebanyak 4 (10%) daripada 40 lot tanah tidak dijaga

dan diurus dengan baik sehingga kawasan dipenuhi belukar dan kotor seperti

ditunjukkan dalam Gambar 52.27 hingga 52.31. Sebanyak 3 daripada lot tanah

ini dengan isu yang sama telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara

Tahun 2007.

GAMBAR 52.27 GAMBAR 52.28

Sebahagian Lot 1781, Seksyen 1, Ketari, Bentong, Pahang

- Keluasan Tanah 0.3641 Hektar.

Perniagaan Restoran Makanan Dijalankan Dalam Persekitaran Yang Kotor, Dipenuhi Sampah Dan Semak-samun

(02.12.2011)

855 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!