10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

2.1.2. Punca kuasa bagi MdI melaksanakan tugas dan tanggungjawab ialah daripada Akta

dan Perundangan Subsidiari yang dikuatkuasakan olehnya. Antara Akta dan Perundangan

Subsidiari yang dikuatkuasakan oleh MdI adalah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat

1965, Kaedah-kaedah Kebankrapan 1969, dan Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat

1972.

2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan kes kebankrapan dan

penggulungan syarikat oleh MdI telah diurus dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai

objektif yang telah ditetapkan.

2.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pematuhan undang-undang/

peraturan serta pemantauan terhadap pengurusan kes kebankrapan dan penggulungan syarikat

bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011. Pengauditan ini telah dijalankan di Ibu Pejabat (Bahagian

Kebankrapan dan Bahagian Likuidasi), MdI Negeri Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah,

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Cawangan Taiping.

2.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan terhadap fail, rekod dan dokumen; penganalisisan

data yang berkaitan; testimoni melalui temu bual dan pemeriksaan fizikal terhadap stor/bilik fail

MdI.

2.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2011 mendapati bilangan

penyelesaian kes dan jumlah pungutan hasil berkaitan pentadbiran hal ehwal insolvensi oleh MdI

menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh tahun 2009 hingga 2011 kesan daripada

pelaksanaan Program Transformasi Organisasi secara menyeluruh yang dilaksanakan mulai

bulan April 2009. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati pengurusan kes kebankrapan/

penggulungan syarikat di pejabat yang dilawati kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan.

Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. proses kerja/carta aliran yang tidak dikemas kini dengan peraturan/arahan/norma masa;

ii. kelewatan mengambil tindakan susulan;

iii. latihan pengurusan insolvensi tidak mencukupi bagi meningkatkan kemahiran/

kecekapan pegawai; dan

iv. penyimpanan/penyelenggaraan dokumen/fail kes/stor yang tidak teratur.

Bagaimanapun, MdI telah mengambil tindakan pembetulan/penambahbaikan terhadap

kelemahan yang dibangkitkan sebaik sahaja mendapat teguran daripada pihak Audit. Penjelasan

lanjut mengenai kelemahan yang ditemui serta maklum balas MdI adalah seperti di perenggan

berikut:

2.5.1. Prestasi Penyelesaian Kes Kebankrapan/Penggulungan Syarikat Dan

Pungutan Hasil

2.5.1.1. Bagi mencapai visi untuk menjadi peneraju pengurusan insolvensi melalui

pentadbiran, perkhidmatan dan penguatkuasaan yang efisien dan dinamik, MdI

melaksanakan Program Transformasi Organisasi secara menyeluruh mulai bulan April

2009. Antara pendekatan yang telah/sedang digunakan dalam pelaksanaan program

tersebut adalah penstrukturan, perekayasaan kaedah kerja dan transformasi budaya

4 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!