10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklumat ini akan digunakan oleh Unit Pengesanan untuk mengesan individu yang masih

belum mempunyai fail cukai selain bertujuan untuk membesarkan asas cukai. Manakala bagi

pendaftaran kenderaan pula maklumat pemilikan kenderaan disimpan oleh pihak Jabatan

Pengangkutan Jalan. Pengauditan yang dijalankan mendapati kelemahan yang ditemui

adalah seperti berikut:

i. terdapat pemilik harta yang tidak mempunyai fail cukai pendapatan;

ii. maklumat tidak disalurkan ke Profil Pembayar Cukai [Enterprise Taxpayer Profile (ETP)];

iii. tindakan pengesanan tidak dibuat terhadap pemilik harta;

iv. pemilihan kes pemilik harta untuk tindakan audit meja atau audit luar kurang diberi

perhatian; dan

v. tindakan sekatan perjalanan dan tindakan guaman sivil tidak dibuat terhadap pemilik

harta yang mempunyai cukai tertunggak.

b. Bagi memantapkan lagi pengurusan cukai pendapatan pemilik harta, LHDNM disyorkan

supaya meneliti dan mengambil tindakan seperti berikut:

i. bekerjasama dengan agensi Kerajaan/swasta dalam perkongsian maklumat agar asas

cukai dapat diperluaskan serta kutipan cukai dipertingkatkan;

ii. tindakan pengesanan perlu diperkukuhkan serta diperkasakan bagi mengelak daripada

berlakunya pelarian cukai oleh individu yang layak dikenakan cukai;

iii. kriteria pemilihan kes untuk audit meja atau audit luar perlu dilanjutkan kepada pemilik

harta untuk mengelak daripada berlakunya pelaporan pendapatan yang tidak tepat,

kekurangan kutipan hasil dan mengelak pelarian cukai; dan

iv. mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara dan tindakan guaman sivil terhadap

pemilik harta yang mempunyai tunggakan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

7. Pengurusan Aktiviti Audit Meja Di Cawangan Tidak Bermastautin

a. Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, individu tidak bermastautin adalah individu

yang berada di Malaysia kurang daripada 182 hari dalam tempoh satu tahun tanpa mengira

kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu tidak bermastautin

adalah berdasarkan pendapatan yang diperolehi atau diterima di Malaysia dan cukai yang

dikenakan adalah sebanyak 26% mulai tahun taksiran 2010 tanpa tolakan pelepasan dan

rebat cukai. Syarikat tidak bermastautin adalah syarikat yang menjalankan perniagaan

melalui pertubuhan tetap di Malaysia. Syarikat ini akan dikenakan cukai yang ditaksir atas

pendapatan terakru dari Malaysia. Kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak 25% mulai

tahun taksiran 2009. Cawangan Tidak Bermastautin, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM) menguruskan cukai pendapatan individu dan syarikat yang tidak bermastautin di

Malaysia. Di bawah Sistem Taksir Sendiri (STS), audit cukai melalui audit meja adalah

aktiviti utama LHDNM bagi meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela. Pengauditan

yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pengurusan aktiviti audit meja di

Cawangan Tidak Bermastautin adalah memuaskan di mana prestasinya telah meningkat

daripada ketidakcapaian sasaran pada tahun 2010 kepada pencapaian melebihi sasaran

pada tahun 2011. Bagaimanapun daripada aspek pelaksanaan aktivitinya, terdapat

beberapa kelemahan seperti berikut:

i. berlaku kelewatan dalam pendaftaran kes;

ii. kelemahan pungutan cukai mengakibatkan berlaku tunggakan cukai berjumlah

RM3.36 juta di antara satu hingga 132 bulan;

iii. kenaikan cukai tidak atau terkurang dikenakan; dan

xvii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!